seindah hiasan adalah wanita solehah...

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Comments

Zul Kahar said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Shamsul Shahmie said…
salam..bgus2.. jadilah wanita solehah ye.. nanti akan dapat lelaki yang soleh.. hehe.. lawati blog ana nnt ye
Anonymous said…
salam kak maidee..

aul kahar yg komen atas ni, kroni2 cikgu kahar. ank die rasenya. pembawa ajaran rasul melayu. hati2. kalau boleh, delete jea komen die. x pasal ade org yg g ke blog die nnti.

-jibah-
mujahidin islam said…
bagus.jadilah wanita solehah...rajin dan gigihlah tuntut ilmu agama..tiada satu pun yang percuma.

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah