Followers

Tuesday, September 28, 2010

ya Allah...terima kasih atas segalanya..

Terima kasih wahai Tuhanku..
yang sentiasa melimpahkan rahmatNya
membenarkan aku menghadapMu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap denganMu Tuhan
mengizinkan ku minta padaMu
memuja memuji sepenuh hatiku
memohon munajat padaMu ya Rabbi..

Tapi aku khuwatir..
ketika menghadapMu..
tidak pula pandai beradab denganMu..
aku mula bimbang..
kalau aku derhaka..
dalam ketaatan..
bukan rahmat dariMu yang ku dapat..
tapi ku kan dapat kemarahanMu..
ya Raabal 'alamin...
maaf kanlah aku...

Friday, September 24, 2010

perlukah aku khabarkan???




Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yang terpendam persoalan

Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku

Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai pelbagai tafsiran tersembunyi


Ku mohon padaMu Tuhan berikanlah kekuatan
Untukku menghadapi semua ini

Tuhan ku terus berserah berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah dan tersilap langkah..