Followers

Friday, May 28, 2010

doa Rabithah

اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ،

Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadap-Mu

وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ،

bertemu di atas ketaatan kepada-Mu

وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ،

bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu

وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ،

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk menolong menegakkan syariat-Mu

فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا،

oleh itu, ya Allah...Engkau kukuhkanlah ikatannya

وَأَدِمْ وُدَّهَا،

dan kekalkanlah kemesraan mawaddah antara hati-hati ini

وَاهْدِهَا سُبُلَهَا،

tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan yang sebenar

وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا،

serta penuhkanlah ruang hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak pernah kunjung malap

وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الإِيْمَانِ بِكَ،

lapangkanlah hati-hati ini dengan keimanan

وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ،

dan keindahan tawakkal kepada-Mu

وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ،

dan hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat tentang-Mu

وَأَمِتْهَا عَلَي الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ

dan matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada

dalam perjuangan agama-Mu

إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَي وَنِعْمَ النَّصِيْرِ،

sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong

اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ

ya Allah...perkenankanlah doa kami

وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَي سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَي آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.

assalamualaikum sahabt semua..apa khabar..?semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang Ilahi..insyaAllah

ada apa pada doa rabithah ini???cuba hayati dan fahami sedalam-dalamnya maksud doa ini

subhanaLlah...doa yang sangat sesuai untuk para pejuang yang menegakkan Islam di atas muka bumi ini...cuba perhatikan sebaik mungkin maksudnya

di sini,suka saya untuk berkongsi sedikit pesanan daripada senior dQ dan UIA

..seorang kakak dQ berpesan

semasa baca doa ni,cuba bayangkan wajah sahabat-sahabat seperjuangan yang sama-sama berjuang,insyaAllah..hati kita akan disatukan

seorang kakak UIA berkata

???pernah tak adik-adik terfikir,kenapa sampai sekarang umat Islam tak bersatu

...kami terdiam

sebab.....masih ada yang tak mentaati Allah,masih ada yang tidak memikul beban dakwah dan masih ada lagi yang tidak menegakkan syariat-Nya

...subhanaLlah

hati kami benar-benar terusik...doa yang penuh dengan 1001 hikmah

jadi,saya berharap kepada sahabat-sahabat semua,amalkan dan hayatilah doa ini sebaik-baiknya...mudah-mudahan hati kita semua akan disatukan dan akhirnya Allah juga yang akan membantu hamba-Nya yang teguh berjuang untuk menegakkan syariat Islam di atas muka bumi ini...insyaAllah

WALLAHUA'LAM

Sunday, May 2, 2010

smart and beautiful pictures













ya Allah...di manakah aku???

buat renungan diri ini dan bersama

katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadahmu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv, movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau sibuk update isu semasa berbanding AL QURAN 1 juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh

katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih

katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat

katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan

katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi

katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan pekataan
BERDAKWAH apatah lagi melakukannya

katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang

katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu


katanya kau seorang pejuang...