Posts

Showing posts from September, 2010

ya Allah...terima kasih atas segalanya..

Terima kasih wahai Tuhanku.. yang sentiasa melimpahkan rahmatNya membenarkan aku menghadapMu Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Untuk bercakap denganMu Tuhan mengizinkan ku minta padaMu memuja memuji sepenuh hatiku memohon munajat padaMu ya Rabbi.. Tapi aku khuwatir.. ketika menghadapMu.. tidak pula pandai beradab denganMu.. aku mula bimbang.. kalau aku derhaka.. dalam ketaatan.. bukan rahmat dariMu yang ku dapat.. tapi ku kan dapat kemarahanMu.. ya Raabal 'alamin... maaf kanlah aku...

perlukah aku khabarkan???

Image
Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang Tapi di dalam hati yang terpendam persoalan Perlukah aku khabarkan yang ku alami Apakah akan terjawab semua Perlukah aku bukakan keaibanmu Semuanya terletak dalam hati kecilku Segala kebenaran atau penjelasanku Mempunyai pelbagai tafsiran tersembunyi Ku mohon padaMu Tuhan berikanlah kekuatan Untukku menghadapi semua ini Tuhan ku terus berserah berikan aku hidayah Agar tidak tersalah dan tersilap langkah..