akhirnya........=)
bismiLlahirRahmanirRahim...
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad..alfatihi lima ughliqo wal khatimi lima sabaq..
nasiril haqqa bil haq wal hadi ila siratikal mustaqim..
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrih wa miqdarihil 'azim...
Assalamu'alaikum...
alhamduliLlah ku panjatkan seinfiniti kesyukuran kepada Allah Yang Maha Penyayang kerana memberi aku kesempatan untuk ke SMAKL dengan tujuan untuk bertemu dengan bakal pejuang-pejuang agama Allah...insyaAllah...
perancangan yang dibuat sejak bulan 3 akhirnya dapat ku laksanakan pada hari ini tanggal 10 sya'ban 1431 Hijrah bersamaan 22hb Julai 2010...
ALHAMDULILLAH...terima kasih Tuhan...rahmat Mu terlalu agung buat ku...
sejuta penghargaan buat peminjam kereta...
dan teristimewa buat teman sepanjang perjalanan @ ex-roommate di PJ=Rusni Tajari...
Thanks temankan akak dan sanggup menghadapi saat-saat yang mendebarkan tadi...=)
Akhir sekali...khas ku tujukan penghargaan ini buat adik-adikku di SMAKL kerana menyambut kehadiran kemi...kepada saffana,"thanks alot tolong akak..."
dan kepada adik-adik lain,fariha,ummu,marya,shakila,fateahah,'aishah dan tak lupa kepada adik kesayangan amalina...terima kasih adik-adikku...
pengalaman beberapa minit bersama mereka amat berharga...mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5...masing-masing mempuunyai idea,semangat,azam dan ilmu yang luar biasa...dan yang paling penting,hubungan dengan Allah yang sangat aqrab...
"hidup kerana redhaNYA..." kata fariha...
dan banyak lagi...masing-masing memasang niat dan cita-cita untuk menjadi seorang individu muslim yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik,bahkan juga mereka ingin berjaya di akhirat kelak...cita-cita yang tersimpan untuk menegakkan kalimah 'la ilaha illaLlah' tersemat dalam jiwa mereka biarpun umur mereka masih remaja...
alhamduliLlah...masih ada rantai-rantai yang akan menyambung perjuangan rasuluLlah yang mulia ini...aku bersyukur dapat bertemu dengan mereka...mudah-mudahan adik-adikku akan menjadi para mujahidah yang mukminah...amin...sampai bertemu kembali...teruskan perjuangan kalian...=)
sekadar itu saja...kepada sahabat-sahabat...
"ber'amallah hanya keranaNya...
sesungguhnya dengan niat itu mampu menjadikan pekerjaan
yang kecil berubah menjadi besar dan begitu juga sebaliknya...
(petikan kata-kata saffana) begitu berkuasanya niat...
biar siapa pun kita,biar di mana pun kita...
tanamkan dalam diri yang kita hidup hanya keranaNYA..."
Comments