Posts

Showing posts from December, 2009

pasrah segalanya

pernah hati ini terguris... dengan fitnah dan tohmahan menghiris.... sehingga terasa diri ini hina.. kerna tiada siapa yang sudi membela.. ku tabahkan hatiku harungi hidup.. biarpun tiada siapa yang menemani... keseorangan aku di laluan sepi... ditinggalkan mereka yang ku percayai... namun ku tahu ada hikmahnya.. setiap segala yang menimpa diri ku serahkan segala pada-Mu Tuhan Yang Berkuasa jua Mencipta kerana Engkau Maha Mengetahui.. segala apa yang terbuku di hati.. ya Allah tidak ku terdaya lagi menahan dugaan yang mencabar ini.. terasa bagai noktah telah ku temui.. mengakhiri segala yang pernah ku mulai.. ya Allah Engkau lindungilah aku.. bekalkanlah daku dengan limpahan iman.. agar tabahku menghadapi dugaan.. agar tidak ku berhenti di pertengahan.. kini... di sini aku berdiri.. bersama harapan yang tulus suci agar terbitlah kembali mentari pagi setelah malam ku berkalut benci...

Tak kenal maka Tak CINTA

Image
Assalamualaikum.. Salam ukhuwah dan salam perjuangan… Post kali ini adalah sambungan kepada post sebelum-sebelum ini, iaitu berkisarkan tentang nama Allah dan penghayatan yang perlu setiap daripada kita untuk menghayatinya seebagai seorang hamba kepada-Nya. YA QUDDUS = Yang Maha Suci. Allah itu suci, bersih dan sempurna daripada segala kesalahan, kecacatan dan kekurangan. Apa buktinya??? Lihatlah pada penciptaan langit dan bumi serta seluruh isinya. Sangat sempurna… subhanaLlah!!! Bagaimana untuk menghayati al Quddus dalam diri??? Mudah saja caranya, apa yang penting kekuatan dan semangat dalam diri untuk melaksanakannya… kita sebagai seorang hamba perlu sentiasa menyucikan diri dan jiwa daripada sebarang sembahan yang selain dari Allah… senang bukan??? (tepuk dada, tanya Iman)… Selain itu, amat perlu untuk kita menjaga diri daripada sebarang bentuk godaan sama ada hawa nafsu, bisikan syaitan mahupun kata-kata manusia yang bias membawa kita kepada jalan maksiat… na'uzubiLlahi mi

janji Tuhan pasti berlaku

Image
assalamualaikum... salam ukhuwah dan salam perjuangan buat semua... buat kesekian kalinya, kalbuku tersentuh mendengarkan sebuah lagu nasyid yang berkumandang di laptopku... sungguh syahdu..maksud dan lirik yang amat memberi kesan buat diriku ini... besarlah hatiku untuk menyeru dan mengajak sahabat-sahabat semua menghayati bait-bait lirik lagu ini.. seterusnya kita sama-sama mengoptimumkan usaha untuk mengembalikan semula khilafah Islam yang pada suatu ketika dulu gah di mata dunia.... AYUH sahabat!!!! bangunlah demi Islam tercinta... ingatlah kita bukanlah pemula kepada perjuangan, bukan juga penamat kepada perjuangan, tetapi kita adalah mata-mata rantai perjuangan... Oh alangkah indah hidup ini Bila Islam bersinar kembali Cahaya iman menyuluh tiap sanubari Kebenaran mewarnai bumi Kalam Allah memimpin manusia Sunnah Rasul memandu langkahnya Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya Kebatilan tiada tempatnya Telah lama dinantikan Bara Islam marak semula Manusia kegelapan M

kenali Allah...

Assalamualaikum… salam perjuangan buat semua.. posting kali ini adalah berkaitan tentang asma’ Allah yang amat dan sangat bermakna andai dihayati.. pernah saya terbaca, bahawa di antara adab berdoa adalah memuji Allah dan di antara cara untuk dimakbulkan doa adalah mengaitkan nama dan sifatNya dalam setiap lafaz doa kita selain memahami maksud di sebalik doa yang diungkapkan… Sedar atau tidak, bahawa setiap 99 nama Allah mempunyai makna yang tersirat dan mampu menjadikan diri kita seorang hamba yang benar-benar berIman padaNya.. selain menanamkan rasa cinta yang amat tinggi padaNya.. adakah kita mengenali Dia???? Tepuk dada, tanyalah Iman…. Oleh itu, sukalah saya untuk mengajak sahabat-sahabat semua untuk sama-sama mengenali dan menghayati asma’ Allah serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita... agar cinta dan redhaNya dapat kita gapai…insyaAllah…kata orang, “tak kenal maka tak cinta”….Jadi, MARILAH sahabat….kita mengenali Allah… Tuhan yang Menciptakan kita semua… Y