Posts

Showing posts from 2009

pasrah segalanya

pernah hati ini terguris... dengan fitnah dan tohmahan menghiris.... sehingga terasa diri ini hina.. kerna tiada siapa yang sudi membela.. ku tabahkan hatiku harungi hidup.. biarpun tiada siapa yang menemani... keseorangan aku di laluan sepi... ditinggalkan mereka yang ku percayai... namun ku tahu ada hikmahnya.. setiap segala yang menimpa diri ku serahkan segala pada-Mu Tuhan Yang Berkuasa jua Mencipta kerana Engkau Maha Mengetahui.. segala apa yang terbuku di hati.. ya Allah tidak ku terdaya lagi menahan dugaan yang mencabar ini.. terasa bagai noktah telah ku temui.. mengakhiri segala yang pernah ku mulai.. ya Allah Engkau lindungilah aku.. bekalkanlah daku dengan limpahan iman.. agar tabahku menghadapi dugaan.. agar tidak ku berhenti di pertengahan.. kini... di sini aku berdiri.. bersama harapan yang tulus suci agar terbitlah kembali mentari pagi setelah malam ku berkalut benci...

Tak kenal maka Tak CINTA

Image
Assalamualaikum.. Salam ukhuwah dan salam perjuangan… Post kali ini adalah sambungan kepada post sebelum-sebelum ini, iaitu berkisarkan tentang nama Allah dan penghayatan yang perlu setiap daripada kita untuk menghayatinya seebagai seorang hamba kepada-Nya. YA QUDDUS = Yang Maha Suci. Allah itu suci, bersih dan sempurna daripada segala kesalahan, kecacatan dan kekurangan. Apa buktinya??? Lihatlah pada penciptaan langit dan bumi serta seluruh isinya. Sangat sempurna… subhanaLlah!!! Bagaimana untuk menghayati al Quddus dalam diri??? Mudah saja caranya, apa yang penting kekuatan dan semangat dalam diri untuk melaksanakannya… kita sebagai seorang hamba perlu sentiasa menyucikan diri dan jiwa daripada sebarang sembahan yang selain dari Allah… senang bukan??? (tepuk dada, tanya Iman)… Selain itu, amat perlu untuk kita menjaga diri daripada sebarang bentuk godaan sama ada hawa nafsu, bisikan syaitan mahupun kata-kata manusia yang bias membawa kita kepada jalan maksiat… na'uzubiLlahi mi

janji Tuhan pasti berlaku

Image
assalamualaikum... salam ukhuwah dan salam perjuangan buat semua... buat kesekian kalinya, kalbuku tersentuh mendengarkan sebuah lagu nasyid yang berkumandang di laptopku... sungguh syahdu..maksud dan lirik yang amat memberi kesan buat diriku ini... besarlah hatiku untuk menyeru dan mengajak sahabat-sahabat semua menghayati bait-bait lirik lagu ini.. seterusnya kita sama-sama mengoptimumkan usaha untuk mengembalikan semula khilafah Islam yang pada suatu ketika dulu gah di mata dunia.... AYUH sahabat!!!! bangunlah demi Islam tercinta... ingatlah kita bukanlah pemula kepada perjuangan, bukan juga penamat kepada perjuangan, tetapi kita adalah mata-mata rantai perjuangan... Oh alangkah indah hidup ini Bila Islam bersinar kembali Cahaya iman menyuluh tiap sanubari Kebenaran mewarnai bumi Kalam Allah memimpin manusia Sunnah Rasul memandu langkahnya Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya Kebatilan tiada tempatnya Telah lama dinantikan Bara Islam marak semula Manusia kegelapan M

kenali Allah...

Assalamualaikum… salam perjuangan buat semua.. posting kali ini adalah berkaitan tentang asma’ Allah yang amat dan sangat bermakna andai dihayati.. pernah saya terbaca, bahawa di antara adab berdoa adalah memuji Allah dan di antara cara untuk dimakbulkan doa adalah mengaitkan nama dan sifatNya dalam setiap lafaz doa kita selain memahami maksud di sebalik doa yang diungkapkan… Sedar atau tidak, bahawa setiap 99 nama Allah mempunyai makna yang tersirat dan mampu menjadikan diri kita seorang hamba yang benar-benar berIman padaNya.. selain menanamkan rasa cinta yang amat tinggi padaNya.. adakah kita mengenali Dia???? Tepuk dada, tanyalah Iman…. Oleh itu, sukalah saya untuk mengajak sahabat-sahabat semua untuk sama-sama mengenali dan menghayati asma’ Allah serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita... agar cinta dan redhaNya dapat kita gapai…insyaAllah…kata orang, “tak kenal maka tak cinta”….Jadi, MARILAH sahabat….kita mengenali Allah… Tuhan yang Menciptakan kita semua… Y

KORBAN dan KITA....

Image
assalamualaikum.. ingin ku kongsikan tatapan ini buat teman semua... mungkin agak terlewat memandangkan sudah beberapa hari yang lepas mengerjakan solat sunat aidil adha...namun,besarlah hati andai kisah ini diambil pengajaran... selesai solat,aku mengambil kunci kereta dan menuju ke surau dengan harapan ingin menyaksikan satu aksi secara 'live'..acara menumbangkan lembu..namun apakan daya,setibanya aku di surau..2 ekor lembu telah selamat disembelih..namun,seekor daripadanya masih nyawa-nyawa ikan,menunggu masa untuk 'pergi'...melihatkan lembu itu,bagai berperang dennagn kesakitan...aduh!!! seekor lembu jua punya perasaan...bagaimana kita manusia...sakitnya mati hanya Allah yang tahu... "Ya Allah....moga mati kami nanti dalam husnul khatimah....amiin..." jiran-jiranku merangkap pak cik-pak cik (kawan abah) bertungkus lumus..inilah semangat kejiranan yang harus dititikberatkan..masing-masing berkorban perasaan,tenaga dan masa... keadaan waktu tu agak panas den

Persinggahan

Image
assalamualaikum pembuka bicara... kalam dimulakan, madah berbicara... tersentuh hati mendengar sebuah lagu... hingga bisa menitiskan air mata yang mudah saja mengalir ke pipi... namun, diri ini amat mengerti bahawa... tiadalah airmata itu mengalir melainkan hanya keranaNya... dengan penuh keazaman, ku tahankan ia daripada mengalir... Sekian lama hidup di kegelapan, Teraba-raba tanpa tujuan, Akal dan budi seakan tak berfungsi, Ke manakah diri?? Apa diturut kehendak yang meronta, Menyeksa badan membakar jiwa, Syaitan dan nafsu meracun dalam diri, Renungkanlah ini, Kita sekadar di persinggahan, Pasti kembali pada yang menciptakan, Ombak dan badai lumrah kehidupan insani, Jangan mengeluh jangan berputus asa, Insaflah semua darinya jua, Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia……. Pada Ilahi bantuannya menanti, Iman dan takwa yang sejati, Itulah bekalan diri….. Do’a senjata mereka yang beriman, Tuhan Pencipta Mah

"bacalah....."

Image
"LANGIT ILAHI"... Buku yang merungkai segala-galanya... Sesuai untuk dibaca bagi semua peringkat umur... Carilah buku ini kerana anda akan dapat sesuatu yang lain daripada yang lain....Untuk kita mengenali diri dan menyedari hakikat sebenar kehidupan. Antara buku yang memberi 1001 kesedaran kepada diri ini. Bacalah..... Anda pasti tidak akan menyesal, malah mendapat 1 semangat baru untuk terus hidup dan maju ke hadapan. WaLlahuA'lam... Cover buku ni.. Hilal Asyraf nama penulis. Antara isi kandungan buku.. Cover belakang buku Tamat pasal buku yang bertajuk "Langit Ilahi"... Ni nak cerita pasal buku yang ke 2..buku ni pemberian yang amat bermakna daripada seorang teman.Walaupun saiznya kecil tetapi kandungannya amat bermakna,mengandungi amalan-amalan tambahan yang boleh mendekatkan diri kita kepada RasuluLlah s.a.w. seterusnya menghampirkan kita pada Tuhan Yang 1. Buku ni mengandungi zikir, selawat dan amalan-amalan lain yang sesuai untuk diamalkan.. (" Hadit

mencari CINTA

bertemu CINTA terAGUNG di dalam sujudku asyik menyanjung umpama pengembara di malam gelita teduh cintanya menerangi jiwa... oooo.... sekian lama terbiar dalam belantara hidup nan liar di bukit ku tersepit di lembah terhina hidup yang perit mengajarku mencari CINTA oh ku sangka teguh kiranya masih rapuh ku sangka mudah namun amat payah ku sedar semua pasti ada akhirnya moga akhir ku berselimut CINTA... CINTA AGUNGNYA...

bila hati berbicara (2)

ya Allah... aku sering bertanya pada diri di mana letaknya hatiku ini..?? malang bagiku... tiada jawapan yang ku temui mungkin... letaknya hati dalam jasadku.. namun aku tidak bisa melihatnya.. aku hanya mampu menilai dan merasa... yang mana masih belum pasti keadaannya... ya Allah... sungguh aku tak bisa menjaga nya... sukar bagiku membelai dan menatangnya bagai minyak yang penuh ahh!!!! aku sering sahaja tewas... nafsu seringkali menandingi hati yang satu... kenapa sukar bagiku menjaga nikmatMu yang tak terhitung nilaiannya??? adakah aku terlalu ego... mungkin aku sudah tidak punya perasaan?? aku buntu... hati ku mungkin tak seperti hati-hati lain yang bersih... dari sebarang noda dan titik hitam... suci... dari debu yang menyesakkan... hinanya aku miliki hati seperti itu... ya Allah... ampunkan aku... sungguh aku lalai dan leka dengan dunia ini yang hanya medan persinggahan entah bila penghujungnya mungkin esok... lusa... aku tak tahu... hati yang Kau hadiahkan padaku telah tercemar