aib!!!!!
sumber ini diperoleh daripada : http://abuaiman.wordpress.com
SUMBER 1
Dalam hadis Muslim, suatu kisah berkaitan seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:
Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:
Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi.
Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya
firman Allah (maksudnya)
“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang),dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).
Maka ada seorang bertanya: "Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?"
Jawab Nabi saw: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.
SUMBER 2
Al-Qaradawi telah menyebut dalam bukunya Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam telah menyatakan:
"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat."
Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia
dan menutup pintu rumahnya,
maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya
secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau
kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya.
Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis
“barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”
Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran.
Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain.
Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya.
Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat.
Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia.
Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.
Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih: (bermaksud):
“Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
PENGAJARAN
- Aib semua manusia perlu dijaga tidak kira ia muslim atau tidak
- Nabi SAW tidak mendedahkan keaiban orang lain selagi keburukan itu tidak dilakukan secara terang-terang.Walaupun berzina /maksiat seks itu adalah haram, namun Islam mengharamkan untuk mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi selagi ia tidak mengancam keselamatan awam dan empunya diri berusaha menutupinya.
- Jangan cuba mengintip atau merakam kemungkaran orang yang dibuat dalam keadaan tertutup.
Comments