Posts

Istikharah Cinta

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamu'alaikum wa rahmatuLlahi wa barakatuh... Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala aalih... Alhamdulillah... Hati tenang walaupun begitu banyak perkara yang berlaku... Terima kasih Ya Allah atas ni'mat ini... SUNGGUH! BUKANKAH AKU PATUT MENJADI HAMBA-MU YANG BERSYUKUR... Ada ketikanya hati ini terasa berdebar... Tak tahu kenapa... Bagaikan ada sesuatu yang berlaku... Allah... APAkah yang ingin Kau tunjukkan padaku??? SUNGGUH! Aku insan lemah yang hanya berharap kepada-Mu... ----------------------------------------------------------------------------------------- Lama tak dengar lagu Inteam; "Bagaikan permata di celahan kaca... Kerdipnya sukar untuk dibezakan. Di tangan Mu Tuhan, ku pasrah harapan... Moga tak tersalah pilihan... Kurniakan daku serikandi (untuk muslimah: Imam) Penyejuk di mata, penawar di hati. Di dunia dialah penyeri (pembimbing) Di syurga menanti dia bidadari (bidadara)" Allahu Akbar! ...

REPOST (7/7/2009): Aku Rindu Padanya...

Image
Semalam aku bermimpi... Mimpi bertemu Faaizah... Dalam mimpi tu, aku peluk dia erat sampai menitis air mata... Rindu sangat... Pada Faaizah... Dan air mata tu bukan dalam mimpi sahaja, tapi dalam realiti sebenar... Tak pernah mimpi menangis dan betul-betul keluar air mata... Entah lah... Mungkin sebab masalah yang banyak dan rasa rindu teramat pada Faaizah... Kalau dulu selalu sahaja ada tempat mengadu... Tempat meluahkan perasaan, tapi...................................... Sekarang tak ada dah yang sudi pinjamkan telinga dan masa... Masing-masing sibuk...  Faaizah... Kita rindu kat Faaizah... Banyak benda nak cerita dengan awak, sedihnya... Faaizah... Doakan kita ya...  Sahabat awak ni lemah... Lemah sangat...  Moga ukhuwah kita berkekalan sampai ke Syurga... Amiin... Dia... Insan yang teristimewa... 6 tahun bersamanya,  bagaikan  satu pengalaman yang amat bermakna... Memberi 1001 erti  buat diriku... Dia... Insan yang Allah  tentukan u...

Adakah Ini Yang dinamakan 'cinta...' ???

bismiLlahirRahmanirRahim... AlhamduliLlahi Rabbil 'alamin... Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim... Hati sayu... Pernahkah kamu merasainya??? Di saat melihat teman yg kamu sayang bersedih hati... di saat mereka letih... diuji dengan pelbagai ujian... Hati sayu... Biarpun hakikatnya bukanlah diriku yg mengalaminya... namun... Mengapa mesti aku yang bersedih... sehingga hanya air mata yg mampu ku titipkan bagi menggambarkan resah di hati... Ya!!!  Benar pepatah mengatakan, "cubit peha kiri, peha kanan terasa sakitnya..." Begitulah aku dan dia... Saat dia bersedih, aku juga turut merasainya... Namun... Aku khuatir... Mengapa saat dia bergelak ketawa... tersenyum gembira... Hatiku sayu... sedih... pilu... Mengapa??? Kerana... Aku sedih kerna bukan diriku yg membuatnya tersenyum gembira... Bukan aku yg membuatnya ketawa... Bukan aku... Sedang aku saha...

"Maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg telah kamu dustakan!!!"

Image
bismiLlahirRahmanirRahim... AlhamduliLlahi Rabbil 'alamin... Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad  wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim... Sungguh! Allah telah berfirman dalam alquran tentang ibadah solat... Sejauhmanakah nilaian solat kita pada pandangan Allah??? (Tepuk dada tanya Iman) Pernah terdengar ada orang mengatakan, untuk menilai akhlak seseorang (sama ada lembut atau kasar, baik atau tidak), maka perhatikanlah gerak-geri dalam solat mereka... Andai elok, maka eloklah juga akhlak mereka... Pernah, saya mempunyai seorang teman rapat yang perwatakannya agak kasar. Namun begitu, sy sangat berasa tenang melihat solat beliau... Kadang-kadang hati juga rasa tersentuh melihat gerak solat yang dikerjakan oleh beliau... Sungguh! Kita tidak boleh menilai seseorang pada luarannya sahaja... Ayuh!!!! Lihatlah seseorang pada solatnya... "SOLAT TIANG AGAMA..."  Hipothesis: Baik solat seseorang, maka baiklah agamanya (termasuk akhlak)... ...

aku tanpa dia

Image
angin... nyaman... damai... tenang... di mana aku? sepi... sendiri... aku di sini... dan akan tetap di sini... biarkan ia pergi... jauh... tak kembali lagi... aku sepi disini... sepi... namun tenang... aku adalah aku... tenang aku tanpa dia... terimalah aku di sini... kerana aku akan tetap di sini... menghirup udara nyaman menongkah badai melawan arus yang deras jejakku masih di sini biar dia tiada di sisi aku bahagia... semakin bahagia... tanpa dia... kerana..... aku ingin berjumpa DIA.... tidak pantas aku membawa dia bersama-samaku nanti.... harapanku agar dia pergi jauh saat aku bertemuMu nanti... "Rabbana zalamna anfusana wa in lam taghfirlana wa tarhamna lanakunanna minal khasirin" p/s: Siapa dia? @ Apakah dia...????? dia adalah dosa yang banyak...dosa yang banyak akan dihapuskan andai kita bertaubat..yakinlah dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang Maha Pengampun... ...

Puak 'KIRI' :-)

Image
assalamualaikum pembuka bicara... siapa yang rasa dia kidal, senyum.... (^_^) teringin sangat nak tahu personaliti orang kidal, ataupun orang yang lebih cenderung untuk menggunakan tangan kiri terutamanya semasa menulis berbanding tangan kanan... kenapa ya boleh ada manusia kidal??? padahal ini bukan genetik... dan, kalau perasan...selalunya dalam setiap keluarga, mesti akan ada seorang yang kidal...(and i'm the chosen one)... itulah kuasa Allah... firman Allah: ".....waLlahu ya'lamu wa antum la ta'lamun"...(Maha Hebatnya Allah..SubhanaLlah!!!) di sini, nak berkongsi sikit dengan pembaca-pembaca semua...(selamat membaca) Secara amnya manusia kidal lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri. Otak kanan berfungsi dalam hal p...

ya rasuluLlah... uhibbuka...

BismiLlahirRahmanirRahim… AlhamduliLlahi Rabbil ‘alamin… “Allahumma solli ‘ala saiyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa barik wa sallim” Tiada kata yang dapat ku ungkapkan untuk menggambarkan bahawa aku sangat mengagumi insane yang sangat mulia ini. Hanya selawat kepadamu yang mampu aku ungkapkan di bibir “telah ada untuk kamu pada diri rasuluLlah s.a.w itu uswah (contoh teladan yang wajib diikuti) yang baik bagi mereka yang mengharapkan Allah dan hari akhirat serta yang berzikir dengan sebanyak-banyaknya” (Al Ahzab: 21) “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia” (H.R Bukhari) Kenapa saya memilih rasuluLlah s.a.w sebagai tokoh;                         Ya rasuluLlah, izinkan aku untuk menceritakan perihal keindahanmu, mudah-mudahan hati-hati kami seindah hatimu, akhlaq kami semulia akhlaqmu. rasuluLlah s.a.w dilahirkan dalam ...

hati ini milik Allah...

Image
bismiLlahirRahmanirRahim... AlhamduliLlahi Rabbil 'alamin... Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidina Muhammad al fatihi lima ughliqo walkhatimi lima sabaqa nasiril haqqa bil haq wal hadi ila siratikal mustaqim wa'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrihi wa miqdarihil 'azim... ust muhadir pernah sebut, "amat rugilah bagi sesiapa yg apabila disebutkan perihal rasuluLlah s.a.w tetapi tidak merasakan apa-apa (wa 'iyazu biLlah)" pada saat dan ketika ini, aku sangat-sangat bersyukur kerana masih dikurniakan perasaan itu... tatkala mendengar kisah baginda rasuluLlah s.a.w, hati ini merasa hampir pada baginda. saat diperdengarkan qasidah yg membawa maksud yg sangat menyentuh hati, mudah sahaja air mata ini mengalir... YA!!! aku bukanlah insan yg mulia yg bersih daripada dosa. aku hanya manusia biasa yg punya kekurangan, adakalanya aku juga bisa melakukan kesalahan, namun saat aku ingat, aku lantas membawa diriku ke jalan yg sebenar. tidak mahu lagi aku hidup dlm ...

La tahzan... InnaLlahama'ana

bismiLlahirRahmanirRahim.. assalamualaikum pembuka bicara.. hidup ini ibarat roda, adakalanya kita di atas.. dan ada ketikanya kita di bawah.. tetapi sampai satu saat, akhirnya kita tidak akan bergerak lagi.. itulah realiti hidup.. sangat menguji Iman.. apabila berada di atas, kita sering lalai.. kita lupa pada Allah.. kerana terlalu asyik dengan nikmat yang Allah beri.. tapi, jika tiba saat kita berada di bawah, barulah ingat nak menangis.. meraung.. menjerit.. dan menyalahkan diri sendiri.. tika ini barulah kita mencari Allah.. barulah ingat nak membaca alQuran, zikir dan lain-lain.. memang tak tahu malu........................ itulah makhluk Allah yang hina yang bergelar "manusia" siapa manusia itu...??????? 'kita' adalah manusia... hmm.... sekadar untuk renungan bersama... Allah berfirman dalam surah al'ankabut ayat 2 dan 3 yang bermaksud: [2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tida...

ya Allah... izinkan aku...

Image
Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang pada insan yang setia berkorban susah dan senang Luahkan isi hati andainya sudah ditaqdir Tadi subuh yang terakhir Bila berdekatan kadangnya makin kita leka Bila berjauhan barulah merindu di dada Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih Andai esok takkan hadir Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu Namun di hati mampukah dilupakan Rayulah kemaafan Jangan sebelum nyawa dipulangkan Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa D3emi menjamin kebahagiaan anak dan suami tercinta Buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat Sebelum semua terlewat LAFAZKAN RASA CINTA... ANDAINYA SUDAH DITAQDIR... TADI SUBUH YANG TERAKHIR...

TARBIYAH dan DIRI

Image
bismiLlahirRahmanirRahim... alhamduliLlahi Rabbil 'alamin... Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lima ughliqo wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqi bilhaq wal hadi ila siratikal mustaqim wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrih wa miqdarihil 'azim... assalamu'alaikum wa rahmatuLlahi wa barakatuh... salam mujahadah buat semua... post kali ini sekadar perkongsian bersama, kerana diri yang lemah ini masih banyak kekurangan, namun berpegang kepada hadith nabi s.a.w yang bermaksud : "sampaikanlah kepadaku walau satu ayat" tarbiyah merupakan elemen yang paling penting dalam kehidupan seharian kita sebagai hamba Allah yang menumpang di atas muka bumi Yang Maha Esa ini. tanpa tarbiyah, hidup pasti tiada arah, tujuan dan matlamat... tarbiyah merupakan asas paling penting yang mesti dan wajib ada dalam diri setiap insan... kita perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan ruh tarbiyah dalam diri dengan ap...

WE are what we THINK

bismiLlahirRahmanirRahim... Allahumma solli wa salim 'ala saiyidina Muhammad al fatihi lima ughliqo wal khatimi lima sabaqo nasiril haqqa bilhaq wal hadi ila siratikal mustaqim wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrihi wa miqdarihil 'Azim.... AlhamduliLlah... Tiadalah rasa syukur itu dipanjatkan melainkan ats rahmat kasih syg dariNya... Syukur atas segala ni'mat yg diberikan. sungguh tidak terkira banyaknya ni'mat dariNya... Pada ketika dan saat ini, kita masih mampu untuk bernafas dan menghirup udara yg segar. Adakah hari esok sudah PASTI untuk kita? Duhai teman dan sahabat, bangkitlah dari lena yg panjang... Sungguh! Hidup ini hanyalah sementara. MUngkin esok atau lusa, malaikat Izrael datang untuk menjemput kita padaNya. Adakah kita sudah bersedia untuk bertemuNya... Firman Allah s.w.t yg bermaksud; "dan bagi tiap-tiap ummat telah ditetapkan tempoh (ajal) baginya. Maka apabila datang masanya, tidak akan terlewat walau sesaat pun, dan tidak juga...

Ku mencari dan terus mencari...

Image
Puas sudah... ku cari kebahagiaan di sisi teman-teman... Yang ku dapat hanya kelalaian... Ku cuba mencari lagi... di hati seorang yang bergelar 'kekasih' namun... yang ku dapat hanya kekecewaan... Dan... aku masih terus mencari... dalam meniti hari yang penuh kekosongan... Di mana lagi harus ku mencari... membawa sekeping hati yang sarat dengan kerinduan... rindu yang tidak berkesudahan... rindu yang tiada haluan... Aku keliru sendiri... Ahh!!! Apa yang ku cari...? Apa yang ku perlukan...? Aku masih tak bisa mengerti... Yang pasti... Kekosongan hati ini meronta-ronta minta diisi... Sejenak aku tersedar... Ya!!! Aku mencari Cinta Agung... Cinta yang suci... Cinta Hakiki... Buat jiwaku yang merindukan... hakikat kebenaran... Cahaya yang membelah kegelapan... Melimpah cemerlang mengisi ruang kekosongan... Aku sedar kini... destinasi pencarianku di sini... ku mencariMu Tuhan... mengharap redhaMu... menagih erti bahagia... dari sinar...

maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Image
bismiLlahirRahmanirRahim... AlhamduliLlahi Rabbil 'alamin... Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lima ughliqo walkhatimi lima sabaqa nasiril haqqa bil haq wal hadi ila siratikal mustaqim wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrihi wa miqdarihil 'azim... Pada hari ini... aku tersenyum gembira... nikmat Allah padaku terlalu luas... Allah... "maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" Mengapa aku tidak pandai bersyukur? terasa berat saja diri ini untuk bangun di malam hari sedangkan ku tahu waktu itu Kau sangat hampir padaku... Allah... di mana aku pada pandanganMu ya Allah... "maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" Aku berasa terpukul... bagaikan ada sesuatu yang menyambar dari jauh... Allah...bagaimana ummat Islam di sana? Myanmar, Syria, Palestin dan lain-lain... Mereka ditindas, dituduh menceroboh sedangkan mereka di pihak yang benar... Namun aku di sini... Masih lagi mampu tersenyum gemb...

Dedikasi buat Ibu...

Image
"dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)" (Luqman : 14) "Ibu.. Ibu, engkaulah ratu hatiku. Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu.." Ibu... Masih ku ingat tika aku hanya pandai berlari anak, engkau sering memimpin dalam setiap langkahku, tidak kau lepaskan diriku walau sesaat, ke mana saja ibu pergi, pasti bersamaku. Ibu... Kenangan yang tidak mungkin aku lupakan, saat tanganmu lembut memberiku suapan, saat itu terasa indah lagi wahai ibu, tanganmu yang lembut membelaiku tika aku lemah tak berdaya. Ibu... Semakin lama aku mula mengenali erti hidup, namun dirimu masih setia di sisiku, menemani setiap l...

Hati...

Image
Hati... telah lama gersang... dari sinaran kasih sayang... kerana hujan Iman sudah lama tidak turun... Kita tanamkan kembali benih penyiram kasih... agar hati yang gersang... tumbuh dan subur lagi... Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama insan Biar telah lama hilang Tambah resah di hati ini Kita siram kembali Dengan air Iman yang suci Dengan menabur budi kepada semua manusia...

Cukuplah bagiku pengetahuan Tuhanku....

Image
bismiLlahirRahmanirRahim... alhamduliLlahi Rabbil 'alamin... Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lima ughliqo wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqa bilhaq wal hadi ila siratikal mustaqim wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrih wa miqdarihil 'azim... Perkongsian maksud salah satu qasidah hasil daripada al Imam Al Haddad...insyaAllah mudah-mudahan dapat dihayati...sungguh Allah Tuhan Yang Maha Esa...Allahu Akbar!!! "Qad kafani 'ilmu Rabbi" cukuplah bagiku pengetahuan Tuhanku, daripada permintaan dan usahaku, doa serta permohonanku, sebagai bukti kefakiranku... Oleh kerana rasa itu aku berdoa, pada saat aku senang dan susah, Aku adalah hamba, menjadi kebangganku, dalam kefakiran dan keperluanku... Wahai Tuhanku Yang Memiliki aku, Kau Maha Tahu akan keadaanku, dan apa yang berada dalam hatiku, dari kesedihan dan kesibukanku... Maka tolonglah aku dengan kelembutan, dari Mu wahai Tuhan seluruh hamba, wahai Tuhan yang maha Pemurah tolongla...

Ada apa dengan 'Hati'??

Image
bismiLlahirRahmanirRahim... AlhamduliLlahiRabbil'Alamin... wassolatu wassalamu 'ala rasulihil Amin wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in...                                Hati kian resah... kerana apa? semua kerana cinta akan dunia!!! resah gelisah tidak menentu... bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba... impian yang tinggi menggunung... namun... usaha sekecil zarah... hidupmu jauh dariNya wahai hati!!! bagaimana bisa engkau mendapatkan rahmat seluas langit dariNya... Zalim kepada diri... Alpa dan leka... Hati... kembalilah... Hati yang tenang... setenang air yang mengalir... setenang awan yang berarak... sejuk pada pandangan... damai pada fikiran... Hati ini yang aku rindui... Hati ini yang aku dambakan... Hati ini yang aku impikan... Hati yang sentiasa ingat padaNya... Hati yang sentiasa hampir kepadaNya... Ya Allah... CINTA AGUNGku... Yang Maha Kuasa... kembalikan hati itu...

SubhanaLlah....indahnya...

Image
SubhanaLlah!!! Indahnya alam ciptaan Allah, Alangkah damainya di tepian pantai, Di situ terserlah kebesaranMu, Ya Allah bagi mereka yang cinta padaMu.. Indahnya langit tidak bertiang, Lautan luas terbentang, Fajar dan senja silih berganti, Semuanya tunduk dan patuh padaMu.. Alangkah besarnya nikmatMu pada hamba di sini, Betapa hebatnya kasihMu.. Inilah pujian kami padaMu.. SubhanaLlah... Indahnya bintang bergemerlapan, Meriahkan malam yang kesunyian, Mergastua warnai alam maya, Mengalunkan madah mengakui Kau Maha Besar.. Kau Maha Besar.. AllahuAkbar! Ya Allah...