Dedikasi buat Ibu...

"dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)" (Luqman : 14)

"Ibu.. Ibu, engkaulah ratu hatiku. Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu.."

Ibu...
Masih ku ingat tika aku hanya pandai berlari anak,
engkau sering memimpin dalam setiap langkahku,
tidak kau lepaskan diriku walau sesaat,
ke mana saja ibu pergi, pasti bersamaku.

Ibu...
Kenangan yang tidak mungkin aku lupakan,
saat tanganmu lembut memberiku suapan,
saat itu terasa indah lagi wahai ibu,
tanganmu yang lembut membelaiku tika aku lemah tak berdaya.

Ibu...
Semakin lama aku mula mengenali erti hidup,
namun dirimu masih setia di sisiku,
menemani setiap langkahku,
menasihatiku tika aku leka dan alpa.

Ada ketikanya aku jatuh rebah,
ada ketika aku berdiri gagah,
namun dirimu masih jua di situ,
tidak berganjak walau sedikit...

Hari berganti hari,
aku semakin dewasa,
sehingga ada ketikanya dirimu sedikit terabai,
namun ibu masih di situ,
setia menantiku...
tiap saat, tiap detik,
doamu untukku tidak pernah lekang daripada bibirmu...

Ibu...
Ku sedar ibulah insan teragung,
yang diciptakan Allah buat menemani diri ini
menempuh liku hidup yang mencabar...
kerana ibu tidak pernah jemu meleyanku...
kerana ibu terlalu baik untukku...
kerana ibulah segala-galanya buat diriku...

Ibu...
Tiadalah kata dapat ku ungkap buat
membalas segala jasamu...
Tiadalah hadiah yang istimewa buat
mengenang setiap keringatmu...
Namun aku akan sentiasa mendoakanmu
tiap saat dan ketika...
Aku berjanji akan menjadi anak yang solehah...
kerana ku yakin inilah hadiah teragung yang mampu ku berikan untukmu
wahai ibu yang ku cinta...

Terima kasih atas segalanya, wahai ibuku yang tercinta...



Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah