aku kah insan itu???


bismiLlahirRahmanirRahim...

assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh...

Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad
alfatihi lima ughliqo
wal khatimi lima sabaqa
nasiril haqqa bilhaq
wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrihi wa miqdarihil 'Azim...

alhamduliLlah...segala puji hanya layak untukNya...



alhamduliLlah...dengan rahmat dan 'inayahNya, dapat juga diri ini menjejakkan kaki ke masjid almukarramah, bandar seri damansara pada sabtu 7 Ogos yang lalu...

besarlah penghargaanku kepada :

1) pemberi nombor kereta sewa
2) penyewa kereta (semoga Allah berikan hidayah kepada pemilik kereta tersebut)
3) penunjuk jalan



4) istimewa buat sahabat dan adik-adik yang ikut dan menjadi peneman sepanjang perjalanan (ruzaini,farhah,shidah dan ummi) thanks alot to all of you... =)



sukalah untuk ana berkongsi beberapa hadith yang sempat kami talaqi hari itu...

kami belajar kitab 40 hadith penawar hati yang diajar oleh syekh ahmad fahmi zamzam al banjari...

antaranya ialah :



HADITH 14

daripada Abu Hurairah r.a berkata:
"berapa banyak orang yang bersolat tetapi
yang didapatinya daripada solat itu hanyalah letih berjaga malam"
(H.R nasai)

solat merupakan tiang agama dan syi'ar bagi ummat Islam.

KENAPA ALLAH MEMERINTAHKAN KITA SOLAT???

seperti dalam firmanNya yang bermaksud :

"tidak Aku ciptakan manusia dan jin kecuali hanya untuk beribadah kepadaku"

untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, "li" pada kalimah "li ya'budun" merupakan 'lam soirurah' (if i am not mistaken) yang membawa maksud Allah menciptakan manusia dan jin hanyalah kerana untuk memberi kesempatan kepada kita begi memperoleh pahala serta nikmat di dunia dan akhirat...(betapa kasihNya Allah kepada kita...alhamduliLlah)...

solat adalah wasilah dan cara untuk kita sebagai hamba hampir kepadaNYA, maka wajiblah kita menjaga solat agar sentiasa lurus dengan niat keranaNya... peliharalah hati agar sentiasa khusyu' kerana ia merupakan ruh solat, dan Allah hanya melihat hati orang yang bersolat...

imam hassan albashri pernah berkata:

"setiap sembahyang yang tidak khusyu' hatinya adalah hampir kepada seksaan"

antara cara uuntuk mendapat khusyu' ialah :

1) memahami setiap kalimah yang dibaca bermula daripada takbir sehinggalah salam, boleh buka link di sini untuk mengetahui bacaan maksud dalam solat.



2) sempurnakan setiap gerak solat yang zahir, iaitu dari segi toma'ninah dll.

3) merasa takut kepada Allah...takut akan azab dan seksa serta akibat daripada melanggar perintah Allah.



4) meletakkan harapan yang tinggi kepadaNya agar diselamatkan daripada azab yang pedih, serta diberi kekuatan untuk melaksanakan perintah Nya.



5) merasakan kehebatan dan kebesaran Allah sebagai Tuhan yang menciptakan, menguasai dan memiliki seluruh alam ini.





6) menginsafi dan menyedari kekerdilan diri sebagai hamba yang hina.



7) menganggap solat itu solat yang terakhir kerana kita tak tahu bilakah datangnya ajal kita...mungkin esok, lusa dan sekejap lagi.(waLlahuA'lam)...yang penting, kita kena bersedia untuk bertemu denganNya...

Comments

Popular posts from this blog

Istikharah Cinta

doa nabi khidir

tarbiyah ruhiyyah