Followers

Tuesday, January 22, 2013

ya Allah... izinkan aku...

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkorban susah dan senang
Luahkan isi hati
andainya sudah ditaqdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu di dada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
D3emi menjamin kebahagiaan anak dan suami tercinta
Buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

LAFAZKAN RASA CINTA...
ANDAINYA SUDAH DITAQDIR...
TADI SUBUH YANG TERAKHIR...

Saturday, January 19, 2013

TARBIYAH dan DIRI




bismiLlahirRahmanirRahim...

alhamduliLlahi Rabbil 'alamin...

Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lima ughliqo
wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqi bilhaq
wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrih wa miqdarihil 'azim...

assalamu'alaikum wa rahmatuLlahi wa barakatuh...

salam mujahadah buat semua...

post kali ini sekadar perkongsian bersama, kerana diri yang lemah ini masih banyak kekurangan, namun berpegang kepada hadith nabi s.a.w yang bermaksud :
"sampaikanlah kepadaku walau satu ayat"

tarbiyah merupakan elemen yang paling penting dalam kehidupan seharian kita sebagai hamba Allah yang menumpang di atas muka bumi Yang Maha Esa ini.

tanpa tarbiyah, hidup pasti tiada arah, tujuan dan matlamat...

tarbiyah merupakan asas paling penting yang mesti dan wajib ada dalam diri setiap insan... kita perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan ruh tarbiyah dalam diri dengan apa jua cara sekalipun. kita sering risau apabila memikirkan hakikat jasad yang dahaga dan lapar yang sering meronta-ronta minta diisi dengan makanan yang enak dan lazat...

namun pernahkah kita berfikir bagaimana pula halnya dengan jiwa dan ruhani kita yang kita sendiri tidak dapat melihat bagaimana keadaannya? adakah jiwa kita terisi dengan makanan ruhani yang lazat selazat makanan-makanan yang dijual di restoran mahupun kafe??? atau hanya diisi sekadarnya sahaja, mungkin juga langsung tak terisi...? (na'uzu biLlah...)

kita manusia yakni "insan" yang sering alpa, lalai, dan lupa... kita lupa bahawa hidup kita di dunia ini adalah sementara... andai kita sedar hakikat sebenar kehidupan ini, kita akan sentiasa berusaha menjadi serta melakukan yang terbaik dalam setiap apa jua peekerjaan yang dilakukan... dunia adalah ladang akhirat... bagi mereka yang sedar, pasti telah banyak tanaman dan ladang yang diusahakan dengan hasil tuaian yang sangat baik dan banyak jumlahnya...

di sini, saya berbesar hati untuk berkongsi sediikit amalan yang diamalkan oleh junjungan besar yang mulia nabi Muhammad s.a.w...iaitu :

1. TAHAJJUD (bangun di tengah malam dan menunaikan solat sunat padanya...) hakikatnya, sangat susah untuk bangun di kala insan lain sedang enak dibbuai mimpi indah... namun berbahagialah bagi sesiapa yang berjaya melawan nafsu tidurnya. seperti firman Allah kepada para malaikat yang bermaksuud :

"wahai malaikat...
lihatlah hamba-hamba KU yang bangun di tengah malam
ketika tidak seorang pun yang melihat mereka kecuali AKU...
saksikanlah bahawa AKU telah menyediakan bagi mereka syurga tempat kehormatanKU..."



namun, kita harus ikhlas dalam melakukan ibadah ini...

2. BACA AL QURAN



sebagai muslim yang percaya kepada Allah, wajiblah kita membaca alQuran... sekiranya tidak pandai, maka carilah orang sekeliling yang mampu mengajar kita. amat rugi bagi mereka yang tidak membaca alQuran... jangan sesekali membiarkan hari anda berlalu tanpa membaca alQuran. Baca dan fahamilah isi kandungan alQuran, insyaAllah pasti kita tidak akan rugi. Dan tekadlah dalam diri untuk beramal dengan isi kandungan alQuran...

3. SOLAT DHUHA

Solat dhuha merupakan salah satu solat sunat yg sangat dianjurkan dalam Islam yang juga sebagai kunci pintu rezeki. Sukalah saya untuk mencoretkan maksud doa dhuha;

"ya Allah sesungguhnya waktu dhuha ini dhuhaMu

kecantikannya kecantikanMu
keindahannya keindahanMu
kekuatannya kekuatanMu
kekuasaanya kekuasaanMu
perlindungannya perlindunganMu

ya Allah...

jika rezeki masih di langit, turunkanlah
jika di bumi, keluarkanlah
jika sukar, permudahkanlah
jika haram, sucikanlah
jika jauh, dekatkanlah...
berkat waktu dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu...
limpahkan kepadaku segala yg Engkau telah limpahkan kepada hamaba-hambaMu yg soleh...."

4. SOLAT SUBUH BERJEMAAH
Solat subuh berjemaah adalah kekuatan umat Islam yang sangat ditakuti oleh musuh. Seandainya solat subuh di masjid penuh dengan para pemuda Islam, maka pasti Islam mudah untuk ditegakkan, Tapi hakikat kini, sebaliknya yg berlaku. Namun, tanamkan azam untuk istiqamah dengannya. insyaAllah Allah akan permudahkan urusan...

5. SEDEKAH

6. BERWUDHU'
Sabda rasuluLlah s.a.w;
"ummat ku akan tampil pada hari qiyamat dengan wajah bersinar, tangan dan kakinya berkilauan dari bekas-bekas wudhu'nya..."

7. ZIKIR

akhirul kalam... selamat ber'amal dengan hati yang ikhlas...

wassalam...

WE are what we THINK

bismiLlahirRahmanirRahim...

Allahumma solli wa salim 'ala saiyidina Muhammad
al fatihi lima ughliqo wal khatimi lima sabaqo
nasiril haqqa bilhaq
wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrihi wa miqdarihil 'Azim....

AlhamduliLlah... Tiadalah rasa syukur itu dipanjatkan melainkan ats rahmat kasih syg dariNya...
Syukur atas segala ni'mat yg diberikan. sungguh tidak terkira banyaknya ni'mat dariNya...

Pada ketika dan saat ini, kita masih mampu untuk bernafas dan menghirup udara yg segar. Adakah hari esok sudah PASTI untuk kita?

Duhai teman dan sahabat,
bangkitlah dari lena yg panjang... Sungguh! Hidup ini hanyalah sementara. MUngkin esok atau lusa, malaikat Izrael datang untuk menjemput kita padaNya. Adakah kita sudah bersedia untuk bertemuNya...

Firman Allah s.w.t yg bermaksud;
"dan bagi tiap-tiap ummat telah ditetapkan tempoh (ajal) baginya. Maka apabila datang masanya, tidak akan terlewat walau sesaat pun, dan tidak juga akan dawalkan" (Surah Al A'raf: 34)

Mari bertanya pada diri...
"ya Allah... Sepanjang aku hidup, apakah amalanku yg diterima olehMu? Apakah sudah cukup untuk aku bertemuMu ya Allah??"

Oleh sebab kita tak tahu bilakah ajal kita akan tiba, maka marilah sahabat kita lakukan sebaiknya apa saja yg telah dipertanggungjawakanke atas kita. dari sekecil-kecil perkara, hinggalah sebesar-besar perkara ya'ni menegakkan daulah islamiyah. Biar siapapun kita, kita punya 1 matlamat yg sama pd akhirnya. Usah dipersiakan qudrat yg Allah telah kurniakan kpd kita. Masing-masing punya kelebihan yg boleh diinfaqkan di atas jalanNya... Yakinlah Allah telah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Usahlah kita lalai lagi wahai teman. Moga pada saat kita dipertemukan denganNya, kita tidak tergolong dalam golongan ini;

"dia berkata; "alangkah baiknya jika dahulu aku sediakan amalan yg baik dalam hidupku"" (al Fajr: 24)

Pada saat itu nanti, tidak guna lagi penyesalan dan air mata. Segalanya bermula di sini dan pada ketika ini. Wahai teman, marilah sama-sama koreksi diri dan tanamkan azam untuk melakukan yg terbaik dalam hidup ini.

"kalau bukan kita, siapa lagi?
kalau bukan di sini, di mana lagu?
kalau bukan sekarang, bila lagi?"

waLlahuA'lam...