Posts

Showing posts from June, 2012

Hati...

Image
Hati... telah lama gersang... dari sinaran kasih sayang... kerana hujan Iman sudah lama tidak turun... Kita tanamkan kembali benih penyiram kasih... agar hati yang gersang... tumbuh dan subur lagi... Marilah kita jalinkan kasih sayang sesama insan Biar telah lama hilang Tambah resah di hati ini Kita siram kembali Dengan air Iman yang suci Dengan menabur budi kepada semua manusia...

Cukuplah bagiku pengetahuan Tuhanku....

Image
bismiLlahirRahmanirRahim... alhamduliLlahi Rabbil 'alamin... Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lima ughliqo wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqa bilhaq wal hadi ila siratikal mustaqim wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrih wa miqdarihil 'azim... Perkongsian maksud salah satu qasidah hasil daripada al Imam Al Haddad...insyaAllah mudah-mudahan dapat dihayati...sungguh Allah Tuhan Yang Maha Esa...Allahu Akbar!!! "Qad kafani 'ilmu Rabbi" cukuplah bagiku pengetahuan Tuhanku, daripada permintaan dan usahaku, doa serta permohonanku, sebagai bukti kefakiranku... Oleh kerana rasa itu aku berdoa, pada saat aku senang dan susah, Aku adalah hamba, menjadi kebangganku, dalam kefakiran dan keperluanku... Wahai Tuhanku Yang Memiliki aku, Kau Maha Tahu akan keadaanku, dan apa yang berada dalam hatiku, dari kesedihan dan kesibukanku... Maka tolonglah aku dengan kelembutan, dari Mu wahai Tuhan seluruh hamba, wahai Tuhan yang maha Pemurah tolongla

Ada apa dengan 'Hati'??

Image
bismiLlahirRahmanirRahim... AlhamduliLlahiRabbil'Alamin... wassolatu wassalamu 'ala rasulihil Amin wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in...                                Hati kian resah... kerana apa? semua kerana cinta akan dunia!!! resah gelisah tidak menentu... bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba... impian yang tinggi menggunung... namun... usaha sekecil zarah... hidupmu jauh dariNya wahai hati!!! bagaimana bisa engkau mendapatkan rahmat seluas langit dariNya... Zalim kepada diri... Alpa dan leka... Hati... kembalilah... Hati yang tenang... setenang air yang mengalir... setenang awan yang berarak... sejuk pada pandangan... damai pada fikiran... Hati ini yang aku rindui... Hati ini yang aku dambakan... Hati ini yang aku impikan... Hati yang sentiasa ingat padaNya... Hati yang sentiasa hampir kepadaNya... Ya Allah... CINTA AGUNGku... Yang Maha Kuasa... kembalikan hati itu kepadaku... sungguh aku tidak mahu hidup dalam dunia yang men