Followers

Saturday, October 30, 2010

"...fazkuruniii azkurkum..."




bismiLlahirRahmanirRahim...
alhamduliLlahi Rabbil 'alamin...
"Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lima ughliqo
wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqa bil haq
wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrih
wa miqdarihil 'azim..."

firman Allah dalam surah albaqarah ayat 203-204 yang bermaksud :

[203]
Dan sebutlah kamu akan nama Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.
[204]
Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).

tulisan kali ini berkaitan dengan zikir (mengingati Allah)...

SOALAN : Dalam sehari berapa banyak kita berzikir? (tepuk dada tanya iman)...

sekadar perkongsian yang diperoleh daripada satu majlis yang sangat mulia...oleh Habib Umar..

"sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang"

ketahuilah sahabat, bahawa dengan selalu berzikir menyebut nama Allah, Allah juga akan sentiasa menyebut nama kita. perumpamaan mereka yang berzikir dengan yang tidak berzikir seperti hidup dan mati...begitu juga perumpaan rumah yang dipenuhi dengan zikruLlah bagaikan rumah yang hidup dan begitulah sebaliknya... di manakah nilaian kita??? mahukah kita mati sebelum tiba ajal...?

dikatakan lagi oleh habib bahawa rumah yang adalah rumah yang tidak tahu menilai kemuliaan agama, rumah yang penghuninya tidak pernah membaca alquran hanya dijadikan sebagai hiasan semata dan tidak pernah sekalipun membicarakan tentang sunnah nabi Muhammad S.A.W. Rumah yang mati ini menggantikan ayat-ayat Allah dan sunnah kenabian dengan perkataan fasiq (dosa) dan lagho (sia-sia) dan menggantung di dindingnya gambar-gambar yang dibenci Allah yang tak sepatutnya ditampal.

dalam surah al ahzab ayat 34, Allah berfirman yang bermaksud :

"dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah sunnah Nabimu. Sungguh, Allah Maha Lembut dan Maha Mengetahui"

Habib juga ada memberi contoh tentang kawasan perumahan di Tarim, Hadhramaut di mana setiap penghuni nya memperdengarkan bacaan surah yasin atau dengan zikir mengingatiNya...maka pahala juga diperoleh oleh orang yang melalui kawasan perumahan itu hanya dengan mendengar kalimah-kalimah suci itu...subhanaLlah!!! cuba kita bandingkan dengan kawasan perumahan kita...yang kebanyakannya membicarakan hal-hal yang lagho dan sia-sia. Na'uzubiLlah...

renungi firman Allah dalam surah al Qasas ayat 55 yang bermaksud :
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: “Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil”.

dan di antara tanda orang-orang yang berjaya ialah mereka yang menjauhi perbuatan yang sia-sia seperti firman Allah dalam surah almukminun ayat 3 yang bermaksud :

"dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia dan tidak berguna"

akhir kalam sebagai peringatan dan renungan bersama, marilah kita sebagai orang yang beriman yang percaya kepada Allah Yang Maha Agung, banyakkanlah berzikir mengingatinya dalam keadaan bagaimana sekalipun dan dalam bentuk apa sekalipun. yang penting jangan sesekali membiarkan hati kita jauh daripadaNYa...Allah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 191:
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka".

sentiasa berdoa, bermunajat dan memohon ampun kepadaNya...denagn penuh khusyu' dan tawadhu' serta dengan penuh pengharapan kepadaNya...Allah sangat rindu mendengar rintihan hambaNya.

sedarkah kita doa yang kita baca dalam duduk anatara 2 sujud sangat-sangat memberi makna dan kesan yang mendalam kepada jiwa andai ku=ita memahami maksudnya iaitu...

Rabbighfirli-ya Allah ampunkan aku,
warhamni-dan rahmati aku,
wajburni-dan peliharalah aku,
warfa'ni-dan tinggikan aku,
warzuqni-dan berikan aku rezaki,
wahdini-dan berilah hidayah kepadaku,
wa'afini-dan sihatkan aku,
wa'fu 'anni-dan maafkan aku...

cantik dan indah doa yang dibaca, mudah-mudahan Allah sentiasa makbulkan setiap permintaan kita.maka bersangka baiklah dengan Allah dalam apa jua keadaan sekalipun...

selain itu,kita hendaklah menjadikan rasuluLlah s.a.w sebagai qudwah hasanah, mengikut, memahami serta menghayati sunnah baginda serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian sebagaimana Allah berfirman dalam surah al ahzab ayat 21 :
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

serta banyakkan lah selawat dan beramallah selagi masa masih ada agar kita tidak akan menyesal nanti.semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan kasih sayangNya...insyaAllah...waLlahuA'lam...



Wednesday, October 27, 2010

Qasidah : QAD KAFANI 'ILMU RABBI...





bismiLlahirRahmanirRahim...
alhamduliLlahi Rabbil 'alamin...
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lima ughliqo
wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqa bilhaq wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrih wa miqdarihil 'azim...

Perkongsian maksud salah satu qasidah hasil daripada al Imam Al Haddad...insyaAllah mudah-mudahan dapat dihayati...sungguh Allah Tuhan Yang Maha Esa...Allahu Akbar!!!



"Qad kafani 'ilmu Rabbi"



cukuplah bagiku pengetahuan Tuhanku,
daripada permintaan dan usahaku,
doa serta permohonanku,
sebagai bukti kefakiranku...

Oleh kerana rasa itu aku berdoa,
pada saat aku senang dan susah,
Aku adalah hamba, menjadi kebangganku,
dalam kefakiran dan keperluanku...

Wahai Tuhanku Yang Memiliki aku,
Kau Maha Tahu akan keadaanku,
dan apa yang berada dalam hatiku,
dari kesedihan dan kesibukanku...

Maka tolonglah aku dengan kelembutan,
dari Mu wahai Tuhan seluruh hamba,
wahai Tuhan yang maha Pemurah tolonglah hamba,
sebelum lenyap kesabaran hamba...

wahai Pemberi pertolongan dengan segera,
berilah kami dengan segera pertolonganMu,
yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan,
dengan apa-apa yang kami harapkan semua...

Wahai Yang Maha Dekat, dan Menjawab,
wahai Yang Maha Mengetahui dan Mendengar,
aku mengaku akan kelemahanku,
dan ketaatan serta kesedihanku...

aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmatMu,
wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku,
pada lembah kuurniaMu aku berada,
wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku di sana...

aku sentiasa mempunyai prasangka baik,
ia adalah teman dan kawanku,
juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku,
sepanjang malam dan siangku...

wahai Tuhanku dalam jiwa ini terdapat hajat,
tunaikanlah wahai yang Maha Menunaikan,
tetnteramkanlah rahsia dan hatiku,
dari kebimbangan dan pergolakannya...

sungguh aku berada dalam ketenteraman dan ketenangan
dan juga ketenteraman dan ketenangan menjadi pakaianku...

Wednesday, October 20, 2010

~CAHAYA HATI~

Allah Engkau Dekat
Penuh Kasih Sayang
Takkan Pernah Engkau Biarkan
HambaMU Menangis

Kerana KemurahanMU
Kerana Kasih SayangMu

Hanya Bila DiriMu
Ingin Nyatakan Cinta
Pada Jiwa-jiwa
Yang Rela Dia KekasihMU

Kau yang Selalu Terjaga
yang Memberi segala

Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghaffar Ya Nurul Qolbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghaffar Ya Nurul Qolbi

Di setiap Nafas Di segala Waktu
Semua Bersujud Memuji Memuja AsmaMu

Kau yang selalu Terjaga
Yang Memberi Segala...

Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghaffar Ya Nurul Qolbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghaffar Ya Nurul Qolbi

Setiap Makhluk Bergantung PadaMu
dan Bersujud Semesta UntukMu
Setiap Wajah Mendamba CintaMu CahyaMu

Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghaffar Ya Nurul Qolbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghaffar Ya Nurul Qolbi

Ya Allah Ya Raman Ya Allah

Tuesday, October 5, 2010

TARBIYAH tunjang perjuangan


bismiLlahirRahmanirRahim...

alhamduliLlahi Rabbil 'alamin...

Allahumma solli wa sallim 'ala saiyidina Muhammad alfatihi lima ughliqo
wal khatimi lima sabaqa nasiril haqqi bilhaq
wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrih wa miqdarihil 'azim...

assalamu'alaikum wa rahmatuLlahi wa barakatuh...

salam mujahadah buat semua...

post kali ini sekadar perkongsian bersama, kerana diri yang lemah ini masih banyak kekurangan, namun berpegang kepada hadith nabi s.a.w yang bermaksud :
"sampaikanlah kepadaku walau satu ayat"

tarbiyah merupakan elemen yang paling penting dalam kehidupan seharian kita sebagai hamba Allah yang menumpang di atas muka bumi Yang Maha Esa ini.

tanpa tarbiyah, hidup pasti tiada arah, tujuan dan matlamat...

tarbiyah merupakan asas paling penting yang mesti dan wajib ada dalam diri setiap insan... kita perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan ruh tarbiyah dalam diri dengan apa jua cara sekalipun. kita sering risau apabila memikirkan hakikat jasad yang dahaga dan lapar yang sering meronta-ronta minta diisi dengan makanan yang enak dan lazat...

namun pernahkah kita berfikir bagaimana pula halnya dengan jiwa dan ruhani kita yang kita sendiri tidak dapat melihat bagaimana keadaannya? adakah jiwa kita terisi dengan makanan ruhani yang lazat selazat makanan-makanan yang dijual di restoran mahupun kafe??? atau hanya diisi sekadarnya sahaja, mungkin juga langsung tak terisi...? (na'uzu biLlah...)

kita manusia yakni "insan" yang sering alpa, lalai, dan lupa... kita lupa bahawa hidup kita di dunia ini adalah sementara... andai kita sedar hakikat sebenar kehidupan ini, kita akan sentiasa berusaha menjadi serta melakukan yang terbaik dalam setiap apa jua peekerjaan yang dilakukan... dunia adalah ladang akhirat... bagi mereka yang sedar, pasti telah banyak tanaman dan ladang yang diusahakan dengan hasil tuaian yang sangat baik dan banyak jumlahnya...

di sini, saya berbesar hati untuk berkongsi sediikit amalan yang diamalkan oleh junjungan besar yang mulia nabi Muhammad s.a.w...iaitu :

1. TAHAJJUD (bangun di tengah malam dan menunaikan solat sunat padanya...) hakikatnya, sangat susah untuk bangun di kala insan lain sedang enak dibbuai mimpi indah... namun berbahagialah bagi sesiapa yang berjaya melawan nafsu tidurnya. seperti firman Allah kepada para malaikat yang bermaksuud :

"wahai malaikat...
lihatlah hamba-hamba KU yang bangun di tengah malam
ketika tidak seorang pun yang melihat mereka kecuali AKU...
saksikanlah bahawa AKU telah menyediakan bagi mereka syurga tempat kehormatanKU..."



namun, kita harus ikhlas dalam melakukan ibadah ini...

2. BACA AL QURAN



sebagai muslim yang percaya kepada Allah, wajiblah kita membaca alQuran... sekiranya tidak pandai, maka carilah orang sekeliling yang mampu mengajar kita. amat rugi bagi mereka yang tidak membaca alQuran... jangan sesekali membiarkan hari anda berlalu tanpa membaca alQuran.

3. SOLAT DHUHA

4. SOLAT SUBUH BERJEMAAH

5. SEDEKAH

6. BERWUDHU'

7. ZIKIR

PS : to be continued...huraian akan ditulis pada waktu lain memandangkan penulis mempunyai tugasan lain...harap maaf...

akhirul kalam... selamat ber'amal dengan hati yang ikhlas...

wassalam...