Followers

Tuesday, February 23, 2010

khas buatmu....

yang ni pulak khas dan teristimewa buat sahabat-sahabat dari dQ (tasha, nisah, un, aji, gha, hawa, hanisah, dan akmal)
yang selama ini telah sangat banyak memberikan sokongan dan hikmah kepada diri yang lemah ini...terima kasih semua atas nasihat dan perhatian yang diberikan... doakan saya kuat di gombak.. sangat sedih sebab semua yang rapat dengan saya gi kuantan...huhu...tasha, aji, nisah n un...take care k..sayang kamu semua... dan saya minta maaf kalau saya tak dapat nak menunaikan hak sebagai seorang sahabat dan andaikata sepanjang persahbatan kita, ada yang terluka dan dilukai dek kerana sikap saya...maaf...maaf...maaf...

terimalah.......

Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Ku terima segala
Apa yang diperduga
Dan kini ku bersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba

semoga ukhwah kita kekal selamanya...amiin...
moga kita ada jodoh lagi untuk bertemu semula...
tapi andai ditaqdirkan kita perlu berpisah... biarlah hanya maut yang mampu memisahkan kita...
saya sayang kamu kerana Allah.......
selamat tinggal..... =(

SELAMAT BERJUANG SAHABAT......

assalamualaikum....

entry kali ni khas buat sahabat-sahabat, adik-adik dan kenalan yang akan ke kuantan...(tetibe rase sedih plak...huhu)...especially mufi, hanisah, aji, tasha, nisah, una, gha, hawa, akmal, syera, taqwa, aflah, anak-anak usrah = utie, acik, ateh, adik dan angah...adik-adik = naza, syu sja, afiqah, sufi dan ramai lagi sebenarnya...(walaupun tak sebut kat sini, insyaAllah nama antunna tetap terpahat dalam hati)...

macam biasa la..mesti lirik lagu...huhu...khas buat semua...HAYATI lah...

Malam siang berlabuh
gerhana kesayuan tiada berkesudahan
detik masa berlalu tiada berhenti
oh syahdunya....

sejenak ku terkenang
hakikat perjuangan penuh onak dan cabaran
bersama teman-teman harungi kehidupan
oh indahnya....

berat rasanya di dalam jiwa...
untuk melangkah meninggalkan semua...
kasih dan cinta yang terbina...
iakan selamanya....
oooooo...oooo...

SELAMAT BERJUANG SAHABATku..
semoga ALLAH berkatimu...
kenangan indah bersamamu..
takkan ku biar ia berlalu...
BERJUANGlah hingga ke akhirnya..
dan ingatlah semua ikrar kita...

hati ini sayu mengenangkan..
sengsara di dalam perjuangan...
perlu ketabahan dan kekuatan...
keteguhan hati berlandaskan iman...

kepada semua...selamat berjuang...berjuang kerana Allah...insyaAllah...moga kita semua akan ditemukan semula di maqam yang mulia... insyaAllah...amiin...syukran ats segalanya...

Wednesday, February 10, 2010

kidal...????

assalamualaikum pembuka bicara...

siapa yang rasa dia kidal, senyum.... (^_^)

teringin sangat nak tahu personaliti orang kidal, ataupun orang yang lebih cenderung untuk menggunakan tangan kiri terutamanya semasa menulis berbanding tangan kanan...

kenapa ye boleh ada manusia kidal??? padahal ini bukan genetik...

dan, kalau perasan...selalunya dalam setiap keluarga, mesti akan ada seorang yang kidal...(and i'm the chosen one)...

itulah kuasa Allah...
firman Allah:
".....waLlahu ya'lamu wa antum la ta'lamun"...(Maha Hebatnya Allah..SubhanaLlah!!!)

di sini, nak berkongsi sikit dengan pembaca-pembaca semua...(selamat membaca)

Secara amnya manusia kidal lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri.


Otak kanan berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna. Daya ingatan otak kanan bersifat panjang (long term memory). Bila terjadi kerosakan otak kanan misalnya pada penyakit stroke atau tumor otak, maka fungsi otak yang terganggu adalah kemampuan visual dan emosi misalnya.

Dengan itu, individu kidal lebih kreatif dan bersifat seni berbanding individu tangan kanan.

Boleh dikatakan, orang kidal minat sangat dengan seni, sama ada muzik, lukisan atau penulisan.

Bukan mudah untuk menjadi orang kidal sebenarnya. Banyak juga ujian dan dugaan yang mesti ditempuh. Kebanyakan individu kidal mudah berasa cemas dan malu apabila melakukan kesilapan. Kaitannya dengan otak kanan manusia yang mengawal emosi.

Firstly, time makan guna sudu. Ada antara individu kidal yang terpaksa menggunakan tangan kiri, tapi ada juga ynag tetap menggunakan tangan kanan, tapi dalam keadaan yang kurang proper, seolah-olah macam 'budak kecil baru belajar makan'... Adakalanya, makan guna tangan pun, kekok juga... Dan susah sikit kalau nak suap orang lain.. =(

Then, time menulis kat kelas. kebanyakan meja disediakan untuk individu tangan kanan. adakalanya, terpaksa memusingkan badan untuk mencari posture @ kedudukan badan yang sesuai dan selesa semasa menulis. Teringat waktu kat sekolah dulu, selalu juga berlaga tangan dengan kawan sebelah semasa menulis, sebab kawan menulis dengan tangan kanan. Tapi pengalaman yang menarik...

Banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah sampai di sini.. Setiap manusia itu diciptakan Allah punya kelebihan dan kekurangan tersendiri, yang penting bagi seorang hamba ialah mensyukuri setiap nikmat kurnianNya tidak kira sama ada kecil atau besar.. Dan yakin lah bahawa setiap taqdir yang Dia tetapkan punya hikmah di sebaliknya tanpa kita sedari...

firman Allah...
"wa makaru wa makaraLlah... waLlahu khairul makirin"

waLlahuA'lam..
wassalam...

Friday, February 5, 2010

aku pelik......

aku pelik..
melihat manusia hebat berpidato,
lantang bersuara,
bijak menyusun bicara,
berdebat dan memprotes...
seolah-olah memperjuangkan haq dan kebenaran
TAPI...
subuh 'gajah',
mungkin juga ter'missed'...

aku mula musykil..
melihat segolongan manusia,
luarannya cukup indah,
menutup aurat dengan baik..
TAPI...
mengapa perlu berkata
sesuatu yang tidak perlu..?
menyebabkan sakit hati orang lain..
dan adakalanya membuka aib orang lain..
sedarlah bahawa,
"diam adalah lebih baik
daripada berkata-kata"

aku hairan..
mereka tahu..
mereka faham dan mengerti..
lebih daripada orang lain..
TAPI...
kenapa tak diterangkan
kepada yang tak tahu..?
sehingga membiarkan insan lain...
terus menerus melakukan maksiat...

aku khuatir..
melihat mereka yang sibuk..
katanya ingin memperjuangkan
agama Allah...
TAPI...
amalan harian hanya cukup-cukup makan,
beribadat kerana kewajipan,
mungkin juga terpaksa,
bukan kerana CINTA dan rindu
kepadaNYA..

aku bimbang..
di akhir zaman ini,
terlalu ramai yang alpa dengan dunia
yang memukau...
hanya untuk sementara...
dan...
aku lebih bimbang...
jika aku adalah 'mereka'...
wa 'iya zubiLlah...

waLlahuA'lam...

sama-sama kita muhasabah diri sejenak...
moga-moga kita selaku pejuang agama Allah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah,
seterusnya hubungan dengan manusia...



Tuesday, February 2, 2010

Tangisan Rindu




Saban malam ku meniti waktu
Saat yang belalu terusku tunggu
dikala insan terus trlena
hatiku ini ingin teus berjaga

Di kala sepiku sendiri
mencari sinar di kegelapan malam
airmataku becucuran
kerna rindu ku yang tak pernah padam




Tangisanku mendayu-dayu
mengharap kasih dari yang satu
kutahu cinta kuterbalas
kerna Dialah pemilik cinta sejati
Oh Tuhan tunjukanlah jalan
merentasi rasa cintaku
citra rindu dan kasihku
yang kudambakan hanya untukMu

Usahlah Kau palingkan cinta
yang suci murni lagi sejati
kerna aku hanya ada sekeping hati
yang rapuh dan tak berdaya

Moga rinduku kan terubat
lantaran kasihMu yang murni
Tangisan rinduku
hanya untukMu


Allahumma anta Robbi
Zolam tu naf-si
Wa-illam -taghfir-li
Wa-tar -ham -ni
La -aku-nan na minal-kho-si-rin

Allahumma anta Robbi
'a-in-ni-'ala -
Zikrika-Wa-syukrika
wa-husni-min-'iba-datik

Allahumma anta Robbi
tah-tim-ni-ya Allah
bi-hus nil kho-ti-mah
wa-la tah-tim-alaiya
bis-suil khotimah

Allahumma anta Robbi
ta-qab-bal min-ni doa-ni
innaka-antas-sami'ul-a'lim
Wa-tub alaiya ya ALLAH in-naka
antat-tawwabur-Rahim

Monday, February 1, 2010

Nur Syahadah


Tika terbuka hari
Cahaya yang cerah
Menerangi hatimu
Mulus terbias di wajah

Kau sambut dengan redha
Hadirnya hidayah
Nekad pendirian terungkai kalimah

Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih

Sejernih embun pagi
Sebersih dirimu
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya
Iringan doaku moga kau bahagia

Akan ku bimbingmu
Sekadar yang ku termampu
Menyemai iman dan menuai taqwa
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta
Cukuplah sekadar teman yang biasa

Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih

Bersatu Nur Syahadah di dalam syahdu