Followers

Saturday, January 30, 2010

1 qiblat yang sama

Ya Sallim Sallimna Sallim Sallim Dinana

Ada yang hitam, ada yang putih..Zahirnya Dia menciptakan kita berbeza
Namun batinnya kita dikurnia akal fikiran yang lengkap sempurna
Walau berbeza kasta budaya, hanya amalan pada-Nya yang utama
Kita mewarisi Al-Quran suci sebagai panduan tuk hidup sejahtera

Seringkali iman akan diuji bak layar dihembus laut gelora
Dalam mengejar kehidupan di sana, jangan alpa meredah kabus dunia

Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama

Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa

Tak mungkin manusia yang punya nafsu bisa terlari walau secebis dosa
Apa yang mampu kejar pahala, biarlah yang Esa menghitungkannya
Bung yang keruh, ambil yang jernih tak guna merintih menyesal bersedih
Khalifah bumi semua bersaudara untuk menghambakan diri kepada-Nya

Kadangkala kesabaran dicabar tiang utuh teguh bisa kan runtuh
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama saudara

Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama

Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa

Tuesday, January 19, 2010

PadaMu Selamanya

Sejenak ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya... Ohh

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku

Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali

Jalan ku lalui
Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi

Terasakan... terbuka
Kunci pintu hatiku
Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Membaralah cinta
Milik-Mu-Yang ESa
Selamanya...

Pada-Mu selamanya...oh...
Selamanya...

Friday, January 15, 2010

hari ini,esok & selamanya........

tepat jam 00:00 tanggal 9 januari 2010...terdengar 1 bunyi..
"Allah..Allaha RabbunaLlah..." (bunyi untuk mesej)..
orang pertama yang wish = maya (SMAKL)..terima kasih kerana mengingati sahabatmu ini..
2nd person, my beloved fren sharifah zainab (DQ)...
n ramai lagi yang wish...thanks to all of you..ni nk share cket hadiah sempena birthday hari tu daripada teman-teman..thank you very much...love you all...


buku daripada aishah dan mufi ni pula daripada ima


jam daripada rahmahtulnisah cute bear from roomate=rusni



maka dengan ini genaplah usia ku 21 tahun (tua pula rasa)..
inilah hakikat kehidupan..setiap hari usia semakin bertambah,
x pernah jumpa lagi orang yang makin hari makin muda...
hmm..waktu tu hati rasa sangat berdebar-debar..
bagaikan ada sesuatu yang akan menanti pada keesokan harinya..
kerana acapkali apabila rasa tak sedap hati, mesti esok tu ada perkara yang berlaku
(baik atau buruk)...
secara jujur dan tulus nya, pasti dalam hati rasa sangat-sangat bersyukur dan gembira kerana masih diberi pinjaman nyawa selama 21 tahun ini...namun, sampai bile???
waLlahuA'lam..
seperti insan-insan lain, aku juga sangat-sangat hepi menyambut hari lahir yang ke 21..
setiap tahun menjanjikan 1 kenangan yang pasti akan tetap terpahat dalam benak fikiranku...
................................(tutup cite).......................................

cerita hati (macam tajuk lagu hafiz hamidun la pula)..
hati ku merenung sejenak.. mengenang kembali masa-masa lalu, mengimbau kenangan silam yang mengajarku erti hidup dan pengorbanan. aku bermuhasabah untuk kehidupanku selama 20 tahun yang baru saja berlalu...
ya Allah..setelah ku hitung (tambah, tolak, darab dan bahagi)..jawapan yang ku temui adalah dosa-dosaku melebihi amalan-amalan ku sama ada yang sunat mahupun wajib..
ya Allah.. masihkah punya kesempatan waktu untuk aku kembali padaMu???? (monolog dalaman)...
hakikat kehidupan yang tidak boleh disanggah lagi, semakin meningkat usia, maka semakin dekat masa kematian.. (ya Allah...matikan hambaMu ini dalam keadaan yang baik...amiin)..
rasa macam tak lama dah hidup kat dunia ni...hmm...tapi hidup mesti diteruskan dengan sentiasa menjadikan mardhatiLlah sebagai matlamat utama...mudah-mudahan di akhirat kelak, kita menjadi orang-orang yang berjaya..insyaAllah...

"HIDUP untuk MATI"

sebenarnya xtau nak post apa dah...

apa-apa pun, kita kena ingat hidup di dunia ni tak lama, apa sangat yang kita harapkan nikmat di dunia ini berbanding nikmat-nikmat Allah yang tak terhitung di akhirat kelak...usahlah terlalu mengejar dunia, berpada-padalah dengan dunia (nasihat diri untuk semua berdasarkan pengalaman hidup yang banyak mendidik diri).

setiap orang punya kisah silam sendiri, aku juga begitu... di antara kita, tiada yang sempurna namun kita harus berusaha untuk menjadi yang terbaik...(kalau nak kenang kisah silam, mesti menitis air mata)... banyak sungguh dosa yang dilakukan, aku sering lalai...lupa, leka, bergelak ketawa, bergurau senda dan bermain-main...
namun, alhamduliLlah..kini aku sedar akan hakikat kehidupan yang sementara, walaupun tak dinafikan adakalanya diri ini goyah dan tergelincir untuk seketika...namun, aku tekad bahawa aku harus kembali semula ke jalan yang sebenar...kembali pada Pencipta Yang Agung..
"tubnaaa ilaLlah... wa raja'naaa ilaLlah... wa nadimna 'ala ma fa'alna"

aku harus bangkit dari lena, dari mimpi dan angan-angan yang hanya melambatkan gerak langkahku...wahai diri..bangkitlah!!!

teringat masa kat DQ dulu, if ada program, selalu nyanyi lagu ni..memang maksud nya sangat berkesan dan meresap ke dalam sanubari...

aiyuhas syabab taujah ilal amam
nujahidu fi sabiliRrahman
nufsidul kafirin fid duniya
li iqamati syi'ariil islam
li annal ann ummatan islamiyah
tahta mamlaktil kuffaruz zolimin
iltazimu ya syababal islam
bi diniLlahir rajaar ridha
fastaqimu bi jama'atina
wasta'idu fi sabilil jihad
fastaqimu bi jama'atina
wasta'idu fi sabilil jihad.....
hayatuna! hayatunal 'Ibad!
dusturuna! dusturunal Quran!
sabiluna! sabilunal jihad!
mautuna! mautuna syahid!
TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR!!!

(subhanaLlah..rasa sedih pula..teringat kenangan-kenangan kat DQ...)

Ini Langkahku

Aaa... Ini langkahku
Aaa... Terus melaju
Aaa... Ini langkahku
Aaa... Bangkitkan jihad

Ini Langkahku yang kan kuayun
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku

Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan

Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman

akhirul kalam..waLlahuA'lam...wslm...

Tuesday, January 12, 2010

Aku Rela...

Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

Thursday, January 7, 2010

"la tahzan...innaLlahama'ana"

bismiLlahirRahmanirRahim..
assalamualaikum pembuka bicara..

hidup ini ibarat roda, adakalanya kita di atas..
dan ada ketikanya kita di bawah..
tetapi sampai satu saat, akhirnya kita tidak akan bergerak lagi..
itulah realiti hidup..
sangat menguji Iman..
apabila berada di atas, kita sering lalai..
kita lupa pada Allah..
kerana terlalu asyik dengan nikmat yang Allah beri..
tapi,
jika tiba saat kita berada di bawah,
barulah ingat nak menangis..
meraung..
menjerit..
dan menyalahkan diri sendiri..
tika ini barulah kita mencari Allah..
barulah ingat nak membaca alQuran, zikir dan lain-lain..
memang tak tahu malu........................
itulah makhluk Allah yang hina yang bergelar "manusia"
siapa manusia itu...???????
'kita' adalah manusia...
hmm....

sekadar untuk renungan bersama...

Allah berfirman dalam surah al'ankabut ayat 2 dan 3 yang bermaksud:

[2]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
“Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[3]
Dan demi sesungguhnya!
Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
maka (dengan ujian yang demikian),
nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benar beriman,
dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

tapi, hakikat manusia..
apabila diuji dengan sedikit saja ujian..
mulalah berasa lemah dan tidak berdaya..
padahal itu semua adalah nikmat buat kita..
dan peringatan khas daripada Allah,
bahawa Dia amat-amat sayang pada kita..
hanya mereka yang terpilih saja yang mendapat pandangan Allah..

hakikatnya, apabila diuji kita perlu bangun semula...


walau apa jua rintangan dan halangan yang datang, ingatlah Allah bersama kita..
di sini, saya ingin berkongsi kata-kata seorang sahabat yang menjadi penguat diri..

khas buat sahabatku :
"sahabat..
hidup ini merupakan 1 jihad dan perjuangan,
tak pernah lari dari mehnah , dugaan dan ujian,
seperti ombak yang menghentam pantai,
duhai sahabat..
kadang kala kita merasa gundah, resah, hiba dan kecewa
dengan ujian-ujian atau musibah yang tiba..
tapi yakinlah sahabat..
bahawa semua itu merupakan tarbiyah
yang amat-amat berharga
dari Maha Pencipta..
tanda amat-amat kasih, cinta dan sayangNya pada kita...
lihatlah bagaimana kekasih kita,
baginada Muhammad s.a.w,
ditarbiyah oleh Allah sejak kecil lagi...
bermula dari ketiadaan bapa setelah dilahirkan...
kemudian kematian ibunya...
baginda terpaksa dijaga oleh datuknya,
namun selepas itu,
datuknya juga meninggal dunia...
alangkah hebatnya dugaan baginda..?
kemudian diserahkan pula kepada bapa saudaranya...
ketika ini terlalu banyak rintangan
yang baginda hadapi...
cara hidup baginda yang sentiasa
dengan kesusahan dan kepayahan...
akan tetapi,
ingatlah wahai sahabatku,
tak pernah sekalipun baginda merungut
atau mempersoalkan ujian-ujian yang diterima...
ditelan dengan penuh kepahitan
sehingga semuanya menjadi manisan...
wahai sahabat...
tabahkanlah hatimu...
bersabarlah,
walaupun sebesar manapun badai yang melanda...
kuatkanlah semangat ruhmu...
mengadulah pada Yang Maha Mendengar kerana
DiaMaha Pengasih dan Penyayang...
sesungguhnya Allah amat-amat cinta dan kasih kepada
hambaNya yang bergantung harap kepadaNya...
maka berbahagialah bagi mereka yang
tabah dan sabar dengan ujian dan tarbiyah
dari Maha Pencipta...
moga diberi kekuatan oleh Allah,wahai sahabatku..."
ikhlas daripada hati seorang sahabat kepada hati seorang sahabat

to be continued..............