Followers

Monday, July 13, 2009

zaman dah berubah.....

post ini dicopy dari harakahdaily.net khas buat tatapan semua pembaca...
HAYATIlah kandungannya...

PRK Manek Urai: Membangun Bersama Islam lawan 1Malaysia
Haji Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif
Mon | Jul 13, 09 | 11:17:26 am MYT

Pengenalan

Penganalisis politik khususnya dari luar Malaysia senantiasa merujuk bahawa hubungan antara PAS dan Umno adalah merupakan satu hubungan yang bersifat permusuhan.


Maka lahirlah istilah seperti 'musuh tradisi' (traditional enemies) apabila merujuk kepada hubungan politik antara PAS dan Umno.

Dari sudut pilihan raya ia amat difahami kenapa hubungan tersebut terbina. Ini adalah disebabkan kedua-dua parti milik orang Melayu ini bertarung untuk mendapatkan undi dari kelompok etnik yang sama iaitu etnik Melayu.

Menguasai pengundi Melayu juga bermakna menguasai pentas utama politik Malaysia berdasarkan taburan kerusi pilihan raya (khususnya Parlimen) di mana pengundi Melayu merupakan pengundi majoriti.

Ketidaksediaan Umno untuk tidak bertanding di pilihan raya kecil Manek Urai dalam kehangatan perbincangan mengenai 'kerajaan perpaduan' memperlihatkan betapa Umno bersedia untuk memain peranan aktif bagi menjayakan istilah �musuh tradisi� sebagaimana yang dirujuk di atas.

Tiap-tiap kali diadakan pilihan raya (sama ada umum atau kecil), Umno/BN bukan sahaja menggunakan sumber parti malah turut menggunakan sumber kerajaan. Sumber kerajaan yang digunakan ialah sumber-sumber yang ada kaitan langsung dengan kehidupan pengundi.

Misalnya, dalam kes Manek Urai yang merupakan satu kawasan pilihan raya DUN yang boleh diklasifikasikan sebagai luar bandar dalam sektor Pertanian sekaligus dilihat sebagai kurang membangun, maka Kementerian yang digunakan ialah seperti Pelajaran, Luar Bandar dan Pertanian.

Agensi-agensi berkaitan pembangunan tanah seperti RISDA dan KESEDAR turut digunakan bagi meraih sokongan. Di samping penggunaan kementerian dan agensi yang berkaitan, Umno/BN turut mengguna instrumen koersif (menekan) yang sah milik kerajaan Pusat (a legitimate coercive instrument of the state) seperti polis.

Apa yang menarik dalam kes Manek Urai yang berbeza dengan pilihan raya-pilihan raya kecil sebelum ini ialah hakikat bahawa Umno/BN turut menggunakan tentera khususnya dari Bahagian Risikan Keselamatan.

Dikatakan bahawa pihak tentera yang berpakaian biasa (dikenali sebagai Military Intelligent Officers atau MIO�s) adalah sama ramai dengan pihak risikan polis yang berpakaian biasa (yang dikenali sebagai Special Branch atau SB) sedang merayap ke seluruh pelusuk DUN Manek Urai bagi mempasti kemenangan berpihak kepada Umno/BN.

Ini tidak termasuk kehadiran 3,000 polis yang berpakaian seragam yang ditempatkan di tiga markas besar polis iaitu di Laloh, Chuchuh Puteri dan Manek Urai Baru. Kehadiran fenomena ini nampaknya semacam menyanggah prinsip 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kerana apa yang diutamakan bukan rakyat tetapi pihak keselamatan!! Lebih memalukan ia memberi imej bahawa Malaysia adalah sebuah �negara polis�(a police state).

Mempertaruh gagasan besar seperti 1Malaysia di sebuah pilihan raya kecil seperti Manek Urai mempunyai risiko yang tinggi. Papan-papan tanda gergasi dengan penuh gah mempamerkan pengaplikasian konsep 1Malaysia di sepanjang jalan raya di Manek Urai.

Papan-papan tanda tersebut memuat perkataan 'Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan' sertakan dilengkapkan dengan gambar-gambar Najib, Muhyiddin dan Mustapha. Sekiranya 'pembangunan' adalah modal terpenting Umno/BN dalam pilihan raya kecil ini, ia bukanlah merupakan strategi yang terbaik.

Walauapa pun, bagi Umno/BN inilah satu-satunya modal untuk pilihan raya kecil ini. Sekiranya Islam Hadhari tumpas di tangan Membangun Bersama Islam, lagi mudahlah 1Malaysia tersungkur di pilihan raya kecil Manek Urai.

Ini adalah disebabkan Kelantan secara umum dan Manek Urai secara khususnya menjadikan nilai-nilai Islam sebagai sesuatu yang sentral dalam kehidupan mereka. Di lihat dari perspektif Islam, 1Malaysia adalah lebih sekular berbanding Islam Hadhari tajaan Pak Lah yang telah pun terkubur tanpa batu nesan.

Di antara tujuh prinsip penting 1Malaysia tajaan Najib, tidak terdapat satu prinsip pun yang merujuk kepada nilai-nilai Islam. Masyarakat Manek Urai adalah masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam. Ini dapat dilihat dari hakikat bahawa 90% lebih mesjid di sekitar Manek Urai adalah dibawah pengaruh PAS. Ini tidak termasuk surau atau balaisah yang lebih kecil dan lebih banyak.

Antara Nafsu dan Akal

Professor Kessler, seorang ahli sosiologi politik yang terkenal dari Australia telah mengkaji secara mendalam politik Kelantan dengan menggunakan kaedah sejarah dan antropologi sosial. Kajian beliau dibuat dalam tahun 1960an dengan menjadikan Jelawat, Bachok sebagai fokus kajian beliau.

Hasil kajian ini telah dikemukakan sebagai tesis PhD beliau. Akhirnya tesis ini diterbitkan sebagai buku pada tahun 1978 dengan judul Islam in a Malay State: Kelantan, 1838-1969. Dalam menilai hubungan PAS dan Umno di Kelantan, salah satu hujah penting yang dikemukakan oleh Kessler ialah secara intisarinya boleh dilihat sebagai satu pertembungan antara 'nafsu' dan 'akal'.

Umno dilihat sebagai mewakili dimensi �nafsu� dengan menggunakan kuasa dan kebendaan secara yang berleluasa sebagai pendekatan bagi meraih sokongan politik. Sebaliknya PAS menggunakan 'akal' yang lebih rasional dengan menjadikan Islam sebagai teras budaya dan pendekatan politiknya.

Pada tahun 1978, dengan menggunakan pendekatan kuasa darurat yang tidak demokratik, Umno telah merampas kuasa dari PAS. Bermula 1990, PAS bangkit semula dengan membawa obor 'kepimpinan ulama' dan pendekatan ini bertahan sehinggalah ke hari ini.

Betapa berkesan dan mendalamnya pendekatan kepimpinan ulama, terutamanya melalui proses tarbiyah, sehingga masyarakat Kelantan (termasuk masyarakat Manek Urai) telah menerima Islam sebagai sesuatu yang sebati dengan pelbagai dimensi kehidupan mereka.

Hakikat ini dihurai secara baik oleh penulis seperti Farish Noor dalam buku beliau 'Islam Embedded'.

Sehingga kini Umno masih menggunakan pendekatan 'nafsu' bagi meraih kuasa politik. Maka tidak hairanlah sekiranya timbul persoalan rasuah dan politik wang dalam pemilihan jawatan-jawatan dalam Umno.

Masalah yang sama timbul dalam pentadbiran negara sekiranya terdapat pengaruh Umno. Disebabkan Umno begitu lama mendominasi pemerintahan negara, budaya 'nafsu' telah semacam diinstitusikan dalam sistem politik dan pentadbiran negara tajaan Umno/BN.

Dalam hal ini, cakap-cakap untuk menghapuskan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan politik wang hanya manis dibibir tetapi busuk dihati. Ini bermakna dan berpegang kepada formula yang amat mudah iaitu apabila terhapusnya rasuah, politik wang dan penyalahgunaan kuasa juga bermakna secara serentak(simultaneously) terkuburnya Umno/BN dari persada politik tanah air kerana elemen-elemen yang menyuburkan Umno/BN (rasuah, penyalahgunaan kuasa dan politik wang) tidak lagi berfungsi.

Dalam kes pilihan raya kecil Manek Urai, pendekatan berteraskan 'nafsu' masih dilihat oleh Umno/BN sebagai relevan. Telah dirujuk sebelum ini kehadiran polis dan tentera (berpakaian seragam dan biasa) adalah membenarkan pendekatan ini.

Difahamkan besar kemungkinan Umno/BN akan menggunakan pendekatan 'nafsu' berikut bagi mempastikan mereka menang dalam pilihan raya kecil Manek Urai ini.

Pertama, kesediaan Tok Pa membayar pengundi luar Kelantan untuk balik mengundi pada 14 Julai 2009 dengan nilai bayaran dua kali ganda berbanding pilihan raya umum 2008 yang lepas; kedua, kesediaan Umno/BN untuk menempatkan dua buah bas 'anak angkat' dewasa bagi setiap UPU(ada sembilan UPU semuanya) dengan bayaran 'cagaran' permulaan kepada tuan rumah sebanyak RM500 dan RM50 untuk hari-hari seterusnya; ketiga, kesediaan Umno/BN untuk membelanja sehingga RM10,000 bagi setiap rumah/keluarga 'atas pagar' yang dikenalpasti boleh memihak kepada Umno/BN.

Ini hanya sekadar beberapa contoh. Banyak lagi pendekatan berteraskan 'nafsu' yang akan digunakan oleh Umno/BN dalam pilihan raya kecil Manek Urai ini. Satu perkara yang perlu difahami oleh Umno/BN ialah hakikat bahawa pengundi Manek Urai tidak boleh dibeli secara sewenang-wenangnya.

Mereka juga mempunyai maruah. Orang putih kata: money cannot buy everything. Sebahagian besar dari penduduk Manek Urai adalah terdiri dari mereka yang gedebe terhasil dari perjuangan mereka sebagai peneroka printis dan sifat gedebe ini dipeturunkan dari generasi ke generasi.

Orang-orang 'gedebe' mempunyai autonomi yang tersendiri dan mereka biasanya memihak kepada kebenaran.

Kesimpulan: Pertembungan antara Thalut dan Jalut

Pertembungan antara kebenaran (al-haq) dan kepalsuan (al-bathil) adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia sebagai satu bentuk percobaan bagi mereka yang beriman kepada Allah.

Syaitan dan nafsu biasanya memihak kepada al-bathil dan malaikat dan akal yang dibimbing olrh wahyu akan memihak kepada al-haq. Salah satu contoh pertembungan antara al-haq dan al-bathil telah dirakam oleh al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 247 hinggia 252.

Ia melibatkan pertembungan antara Thalut dan Jalut semasa kehidupan Nabi Allah Daud (AS). Jalut adalah seorang raja yang zalim berbanding Thalut seorang raja yang adil. Apabila berlakunya peperangan antara dua kumpulan ini Nabi Allah Daud(AS) memihak kepada Thalut yang adil dan dengan bantuan Nabi Allah Daud (AS) Thalut memenangi peperangan ini sungguhpun tentera Jalut jauh lebih ramai dan perkasa berbanding tentera Thalut.

Terdapat dua petunjuuk kenapa tentera Thalut yang lebih sedikit bilangan mampu mengalahkan tentera Jalut yang lebih ramai (katanya tiga kali ganda).

Pertama, tentera Thalut dengan bantuan Nabi Allah Daud (AS), telah berjuang dengan penuh keikhlasan dengan mengharap pertolongan dan keredhaan Allah.

Kedua, Thalut memerintah tenteranya supaya berhati-hati apabila menyeberangi sungai dan jangan minum air sungai terlalu banyak kerana ia boleh melesukan daya perjuangan.

Pengajarannya ialah jangan jadikan kaedah atau pendekatan nafsu/kebendaan sebagai kaedah terpenting perjuangan. Pejuang-pejuang Islam perlu memberi keutamaan kepada keikhlasan dalam perjuangan dalam mencari keredhaan Allah.

Kalau ini dapat dilaksanakan, insya-Allah, Manek Urai akan menjadi milik PAS.

(Penulis adalah Pengarah,Pusat Penyelidikan PAS Pusat) _

Friday, July 10, 2009

ya ALLAH............

kala malam aku,
sendiri dan sepi...
Dia yang ku rindui,
sangat rindu kepadaku...
namun...
adakala aku lupa...
lalai...
leka...
kerna apa????
kerna dunia...
nikmat yang hanya sementara...
aduh!!!!!
hinanya aku....
aku tak punya kekuatan...
tanpaMu di hati...
sedetik ku melupakanMu...
bagai diazab 1000 tahun...
selangkah aku jauh dariMu..
bagai sudah hilang arah tujuan...
di mana aku kini????
masih dalam duniaMu...
tapi sampai bila???
tidak ku tahu...
mungkin saja sebentar lagi...
kau akan menjemputku...
TAPI!!!!!
ya Allah....
adakah aku sudah bersedia????
amalanku bagaimana???
ibadahku???
akhlakku????
hubunganku sesama manusia???
tanggungjawab ku???
adakah semuanya sudah telaksana...??????
ya Allah....
berilah aku kesempatan waktu...
adakah Kau merinduiku
dan ingin bertemuku????
ya Allah...
siapalah aku???
layakkah aku untuk berhadapan denganMu????
kuurniakan aku kesempatan waktu
untuk berubah...
meningkatkan amalan...
berbakti kepada agamaMu...
agar...
aku dapat bertemuMu dengan hati yang
tenang dan redha....

"ya aiyatuhan nafsul muthmainnah....
irji'ie ila Rabbiki radhiyatan mardhiyyah"
-wahai jiwa yang tenang,pulanglah kepada Tuhanmu
dengan redha dan diredhai...-
(surah alfajr : 28)
aku pohon ya Allah...
peliharalah aku dari dosa
dan noda yang tidak ku sedari...
azablah aku dengan azab yang pedih
seandainya aku berdosa...
jangan Kau jauhkan aku dari rahmatMu...
kasihanilah aku...
ampunilah aku...
sayangilah aku...
peliharalah aku...
moga aku sentiasa bersama para solihin........
amiin ya Rabb...

sentiasalah muhasabah diri dari hari ke sehari...MATI tidak menunggu kita....bersedialah menghadapinya agar kita tidak akn menyesal nanti....
peringatkanlah selalu tentangnya kerana kita adalah ummat akhir zaman...
QIYAMAT SUDAH DEKAT....insaflah....

waLlahua'lam....

BTQ.... (2) HIDAYAH milik ALLAH..

assalamualaikum...
post ni saya nak share apa yang dipelajari dalam subjek BTQ....
insyaAllah...

TOPIC 1 : Al Hidayah ( Guidance )

actually kite semua dah biasa dengar word ni...tapi intipati dalam nya mesti ramai yang tak berkesempatan nak ambil tahu..dan saya sendiri waktu belajar tu,baru terfikir...hmm...
let us start k....

WHAT IS HIDAYAH (GUIDANCE)?????
to guide,to show the way,to lead to the right way....

-it is the quality with the tawfiq from Allah which leads man to perception of good and bad and the implementation of Allah's rules and regulations.

2 TYPES OF ALHIDAYAH.

-SPECIAL GUIDANCE ( khassah ) = it is given to whom Allah wills,loves,wishes and it is received by the TAWFIQ from Allah. ( Q 28:56 )

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk
kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam),
tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk
kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya);
dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
(ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)"

"hidayah yang diberi khas buat insan yang menjadi pilihan Allah,Allah sayang dan diterima oleh Tawfiq dari Allah.contoh: hidayah untuk non-muslim.

-GENERAL GUIDANCE ( umum ) = It is given to all Allah's creatures. ( Q 20:50 )

"Nabi Musa menjawab: “Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya”."

"hidayah ni untuk semua hambaNya...

4 STAGES OF AL HIDAYAH

1) TAKHLIQ=Allah brings into existence the previously non-existent.
"Allah menciptakan sesuatu yang tiada menjadi ada".

2) TASWIYAH=Fashioning the created with due proportion and in a form ideal to its level of existence.
"Allah melengkapkan ciptaanNya sesuai dengan ciptaanNya itu".

3) TAQDIR=Assigning to the Creation an appropriate role and imbuing it with ability consistent with its form.
"Allah menetapkan ciptaan Nya dengan ketetapan yang tertentu sesuai dengan kejadiannya..contoh:burung dijadikan bersayap untuk membolehkannya terbang bebas."

4) HIDAYAH=to show it the natural way for its existence and developement through inherent and external modes of guidance.
"Allah akan memberi petunjuk kepada ciptaanNya untuk membolehkan mereka hidup di atas muka bumi ini."

these stages are shown in Quran ( Q 87:2-3 )

"Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya)
serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;"


"Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya)
serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);"


4 GRADES OF ALHIDAYAH

1)NATURAL INSPIRATION ( al ilham )
-guidance of instinct=gerak hati.
-given to whole creatures=dikurniakan untuk semua ciptaanNya.
-man and animal=manusia dan haiwan mempunyai hidayah ini.
-since birth=sejak lahir dikurniakan hidayah ini.
e.g. The moment a child is born,he starts crying....=sewaktu bayi dilahirkan,mereka menangis...

2)GUIDANCE OF SENSES/FEELING ( al hawas )
-man and animal.
-provides those sectors of creation which have the sensory faculties of touch,taste,smell,sight and hearing to gather information of the external world and react and interact upon that sensory information=deria atau perasaan untuk bertindak balas dengan keadaan semasa.
-no distinction between man and animal if they are misused in wrong path=tiada perbezaan antara manusia dan haiwan jika mereka tidak menggunakan hidayah itu sebaiknya.
(Q 7:178-179)

"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya)
maka dia lah yang beroleh petunjuk;
dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya)
maka merekalah orang-orang yang rugi."


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan
mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan
mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran)
;
mereka itu seperti binatang ternak,
bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."


3)GUIDANCE OF MIND/REASONING ( al'aql )
-given only to human being=hanya untuk manusia.
-3 guidance have combined in man=3 hidayah ini bergabung dalam diri manusia.
-the controler of senses and feelings=menjadi pengawal kepada gerak hati dan perasaan.
(untuk membezakan yang baik dan yang buruk).
-religion will guide the mind=agama yang ada akan memimpin akal.
-is obtained by the use of minds and through reseaces=boleh diterima/diperoleh daripada penggunaan akal dan minda dan dari kajian atau pencarian masing-masing.

(Q 31:25)

"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya
kepada mereka (yang musyrik) itu:
“Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”
Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.
Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah”
(sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik)."



4)GUIDANCE OF RELIGION ( addin )
-the ultimate guidance=hidayah paling tinggi.
-obtained by understanding Allah through revealed knowledge and doing everything due to His orders=diperoleh dengan cara penurunan wahyu @ dari rasuluLlah s.a.w. dan dengan melakukan segala suruhanNya.
-guides the mind=mengawal 'aqal kerana setiap perkara ada batasannya.
-guides man to the belief in one supreme Lord of the universe (Allah) and haviing righteous living in accordance withh that belief=memimpin manusia untuk percaya dan yakin pada 1 Kuasa iaitu Allah dan menjalani hidup dengan kepercayaan/pegangan yang benar.
-gaining the pleasure of Allah only=hanya mencari redha Allah.

(Q 6:162)

"Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,
hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."


waLlahua'lam.............................................

to be continued....

Tuesday, July 7, 2009

SAAIRUN ~ Musafir

HAYATI lah maksud lagu ini....



Tuanku Oh Tuanku (Untuk Tuhan)

Tuanku sesungguhnya aku adalah musafir
Demi agama aku pasti adalah musafir
Maka Al-Quds memanggil untuk berangkat
Melembutkan hatiku dengan kesucian

Dan panggilan Al-Aqsa membuatkanku menangis
Membangkitkan kewujudanku
Dan diri ummatku wahai Tuhanku
Mati tanpa pembunuhnya

Penjenayah mengatakan kerana aku
Menolak penghinaan yang besar
Menolak hidup berdiam diri
Gabung paksa melewatinya

Maka biarlah mereka mengatakan apa yang mereka kata
Engkaulah yang aku harap keredhaan
Engkaulah yang mengetahui bahawa aku
Demi-Mu aku gadaikan nyawa

Wahai yang diriwayatkan, dengan darahmu
Bertumbuhlah kemuliaan dan kemenangan
Jika mereka mencurimu daripada sejarah kita
Tidak sekali-kali dapat mereka cabut daripada dada-dada kita.

Wahai Syahid (3x)



RE:aku rindu padanya...

semalam aku bermimpi....mimpi jumpa faaizah......dalam mimpi tu,aku peluk die erat sampai menitis air mata...rindu sangat..........kat faaizah....dan air mata tu bukan dalam mimpi je,tapi dalam realiti sebenar...x pernah mimpi nangis n betul-betul kuar air mata....ntah la...munngkin sebab masalah yang banyak dan rindu kt faaizah...kalau dulu selalu je ade tempat mengadu....tempat luahkan perasaan...tapi......................................sekarang xde dah yang nak pinjamkan telinga dan masa...masing-masing sibuk....hmm....faaizah...kite rindu kt faaaizah....kite banyak benda nak cite ngan awak...sedihnya....faaizah,doakan kite ye....sahabat awak ni lemah...lemah sangat....hmmm.....moga ukhuwah kita berkekalan sampai ke syurga...amiin...


dia
insan yang teristimewa..
6 tahun bersamanya
bagaikan..
satu pengalaman
yang amat bermakna..
memberi 1001 erti
buat diriku..
dia
insan yang Allah
tentukan untuk
menemaniku..
tika aku sedih dan kecewa
memimpinku..
menuju redhaNya
mendorongku..
ke jalan yang lurus
menguatkanku..
tika aku lemah tak berdaya..
menasihatiku..
tika aku salah dalam perlakuan..
menyayangiku..
tika aku dibenci dan dihina..
yang paling utama..
dia setia di sisiku..
tika aku difitnah dan ditohmah..
Ya Allah..
dia amat baik..
tapi..
dia di mana..???
aku tidak lagi bersamanya
kini aku sendirian..
menempuh liku2 hidup..
onak dan ranjau silih berganti..
aku tabah dan sabar..
aku redha..
namun jauh di lubuk hatiku..
arghhh!!!!
rindunya aku padamu...
sedih mengenangkan setiap
detik kita bersama
acapkali titisan mutiara jernih
mengalir membasahi pipi..
dia sudah membawa haluan sendiri..
aku di sini...
masih tetap

meneruskan
perjuangan ni
walau tanpa dia di sisi..
kerna aku yakin dan percaya..
seandainya ukhwah yang terbina
ini..
ikhlas keranaNya..
pasti kami akan ketemu jua..
tidak di dunia yang fana'..
tapi pasti di taman syurga
yang kekal abadi...
dia sahabatku..
temanku..
kekasih hatiku..
juga
adikku...
salam sayang dariku....
biar kita berjauhan
doaku sentiasa mengiringi setiap langkahmu...

nukilan ini khas yang teramat sangat buat sahabat seperjuangan
ku yang kini berada di Kelantan...



NUR FAAIZAH BT JASNI...
kami bersama sejak dari F1-F5 di
SMAKL..dan meneruskan persahabatan
di bumi barakah DQ..
namun taqdir telah memisahkan kami...
Faaizah...i love you..
moga kau sentiasa bahagia di bawah naungan rahmatNya..

Friday, July 3, 2009

ALLAH amat sayangkan dia...(Allahyarham nabil).

assalamualaikum...

mesej yang baru saja diterima mengejutkan aku dari lamunan...tanpa ku sedari..titik-titik mutiara mengalir di pipi...

naza : nape kak?
aku : dia dah pergi......(nada sedih)
naza : siapa kak?
aku : nabil....
naza : sabar ye kak....
aku : hmmm...

sungguh aku tak sangka dia pergi begitu awal pada usia yang sangat muda...bagi seorang insan yang bergelar remaja,aku pasti dia juga punya keinginan dan impian...namun Allah lebih sayang kan diirinya...sangat menyayangi dirinya....

dia???

siapa dia???

dia diberi nama mohd nabil b marwan...
yang bermaksud yang cerdik,mulia,mahir,bijaksana,seseorang penuh kehormatan...

nama yang cukup mulia semulia pemiliknya..secara jujurnya aku tidak pernah mengenali insan ini secara mendalam...aku hanya mengenalinya kerana semasa menuntut di Darul Quran,dia memegang taklifat sebagai ketua biro tarbiyah dan kerohanian IQRAC 06/07 dan IQNIG serta pernah dianugerahkan pelajar paling baik akhlak (kalau tak salah) sempena IQAS...memiliki kelebihan yang tidak semua orang memperolehinya..suara yang lunak dan merdu..digunakan untuk berdakwah..subhanaLlah....kurniaan Allah buat hambaNya...moga setiap bait lagu yang dinyanyikan sepanjang hidupnya diberkati oleh Allah...alhamduliLlah...dia menggunakan nikmat Tuhan itu sebaiknya...

aku dapat merasakan bahawa insan ini sungguh mulia dan terpuji akhlaknya...wajah nya yang sentiasa murah dan manis dengan senyuman serta kesan hitam di dahi meyakinkan lagi bahawa dia seorang insan yang baik,hamba yang soleh dan sentiasa menginsafi diri...anak yang patuh kepada ibu bapa,sahabat yang penyayang dan ikhlas dalam persahabatan..barangkali tiada sifat yang keji..berakhlak dengan sifat mahmudah...subhanaLlah...masih ada insan sebaik ini di dalam zaman yang serba canggih ini...

bukan niat di hati untuk memuji dan membesarkan insan ini..namun ini lah ciptaan Allah...rahmat Allah buat hambaNya..Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang...hidayah dan taufiq yang dihadiahkan buat insan ini amat disyukuri dan dijaga sebaiknya...malah keimanan dan ketaqwaan yang terpancar dalam setiap tingkahnya menunjukkan betapa syukurnya dia dilahirkan sebagai seorang Islam...tidak seperti insan lain yang sentiasa lalai dan leka dengan nikmat dunia yang entah sampai bila keseronokannya....

ujian yang diberi amat hebat...hanya mereka yang benar-benar beriman sahaja yang mampu menghadapinya...derita sakit yang ditanggung agak lama tidak pernah mematahkan atau mengurangkan sedikit rasa kehambaanNya...malah ujian itu menguatkan lagi dirinya...mata yang melihat sudah merasakan betapa sakitnya dia...namun,diri yang mengahadapinya lebih-lebih lagi merasainya...namun dia tabah..sangat tabah...ya Allah...hebatnya ujianMU....ujian hebat buat orang yang hebat...

dan akhirnya Allah terlalu sayang dan rindu untuk bertemu hambaNya ini..maka ditarik nyawanya jua pada tanggal 2 julai 2009 bersamaan hari khamis malam jumaat...berkatnya pengakhiran hidupnya di dunia...pergi pada malam jumaat....subhanaLlah...aku yakin pasti ramai yang menangisi pemergiannya,namun Allah lebih menyayanginya melebihi sayang kita padanya...sama-samalah doakan yang terbaik buat dirinya...moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin...amiin ya Rabb...


niat di hati tidak lain hanya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk sentiasa menginsafi diri...

hidup kita di dunia tidak kan kekal selamanya..

mungkin esok atau lusa kita akan pergi menghadapnya...

jadi,selagi ada masa marilah sama-sama muhasabah diri dan kembalilah ke jalanNya...masih belum terlambat untuk kita semua menginsafi diri...

"semasa kamu dilahirkan,kamu menangis sedang orang lain tersenyum gembira dengan kelahiranmu,peprjuangkanlah hidup ini sehingga pada saat kamu meninggalkan dunia,kamu pula yang tersenyum sedang orang lain menangis kerana pemergianmu"

insyaAllah...

orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati......

MATI
MATI
MATI
MATI
MATI

bersedialah....................................................

maga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi...amiin...

waLlahua'lam.....

Thursday, July 2, 2009

BTQ...(2)

assalamualaikum...
post ni saya nak share apa yang dipelajari dalam subjek BTQ....
insyaAllah...

TOPIC 1 : Al Hidayah ( Guidance )

actually kite semua dah biasa dengar word ni...tapi intipati dalam nya mesti ramai yang tak berkesempatan nak ambil tahu..dan saya sendiri waktu belajar tu,baru terfikir...hmm...
let us start k....

WHAT IS HIDAYAH (GUIDANCE)?????
to guide,to show the way,to lead to the right way....

-it is the quality with the tawfiq from Allah which leads man to perception of good and bad and the implementation of Allah's rules and regulations.

2 TYPES OF ALHIDAYAH.

-SPECIAL GUIDANCE ( khassah ) = it is given to whom Allah wills,loves,wishes and it is received by the TAWFIQ from Allah. ( Q 28:56 )

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)"

"hidayah yang diberi khas buat insan yang menjadi pilihan Allah,Allah sayang dan diterima oleh Tawfiq dari Allah.contoh: hidayah untuk non-muslim.

-GENERAL GUIDANCE ( umum ) = It is given to all Allah's creatures. ( Q 20:50 )

"Nabi Musa menjawab: “Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya”."

"hidayah ni untuk semua hambaNya...

4 STAGES OF AL HIDAYAH

1) TAKHLIQ=Allah brings into existence the previously non-existent.
"Allah menciptakan sesuatu yang tiada menjadi ada".

2) TASWIYAH=Fashioning the created with due proportion and in a form ideal to its level of existence.
"Allah melengkapkan ciptaanNya sesuai dengan ciptaanNya itu".

3) TAQDIR=Assigning to the Creation an appropriate role and imbuing it with ability consistent with its form.
"Allah menetapkan ciptaan Nya dengan ketetapan yang tertentu sesuai dengan kejadiannya..contoh:burung dijadikan bersayap untuk membolehkannya terbang bebas."

4) HIDAYAH=to show it the natural way for its existence and developement through inherent and external modes of guidance.
"Allah akan memberi petunjuk kepada ciptaanNya untuk membolehkan mereka hidup di atas muka bumi ini."

these stages are shown in Quran ( Q 87:2-3 )

"Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;"

"Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);"

4 GRADES OF ALHIDAYAH

1)NATURAL INSPIRATION ( al ilham )
-guidance of instinct=gerak hati.
-given to whole creatures=dikurniakan untuk semua ciptaanNya.
-man and animal=manusia dan haiwan mempunyai hidayah ini.
-since birth=sejak lahir dikurniakan hidayah ini.
e.g. The moment a child is born,he starts crying....=sewaktu bayi dilahirkan,mereka menangis...

2)GUIDANCE OF SENSES/FEELING ( al hawas )
-man and animal.
-provides those sectors of creation which have the sensory faculties of touch,taste,smell,sight and hearing to gather information of the external world and react and interact upon that sensory information=deria atau perasaan untuk bertindak balas dengan keadaan semasa.
-no distinction between man and animal if they are misused in wrong path=tiada perbezaan antara manusia dan haiwan jika mereka tidak menggunakan hidayah itu sebaiknya.
(Q 7:178-179)

"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya)
maka dia lah yang beroleh petunjuk;
dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya)
maka merekalah orang-orang yang rugi."


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan
mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan
mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran)
;
mereka itu seperti binatang ternak,
bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."


3)GUIDANCE OF MIND/REASONING ( al'aql )
-given only to human being=hanya untuk manusia.
-3 guidance have combined in man=3 hidayah ini bergabung dalam diri manusia.
-the controler of senses and feelings=menjadi pengawal kepada gerak hati dan perasaan.
(untuk membezakan yang baik dan yang buruk).
-religion will guide the mind=agama yang ada akan memimpin akal.
-is obtained by the use of minds and through reseaces=boleh diterima/diperoleh daripada penggunaan akal dan minda dan dari kajian atau pencarian masing-masing.

(Q 31:25)

"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya
kepada mereka (yang musyrik) itu:
“Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”
Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.
Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah”
(sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik)."



4)GUIDANCE OF RELIGION ( addin )
-the ultimate guidance=hidayah paling tinggi.
-obtained by understanding Allah through revealed knowledge and doing everything due to His orders=diperoleh dengan cara penurunan wahyu @ dari rasuluLlah s.a.w. dan dengan melakukan segala suruhanNya.
-guides the mind=mengawal 'aqal kerana setiap perkara ada batasannya.
-guides man to the belief in one supreme Lord of the universe (Allah) and haviing righteous living in accordance withh that belief=memimpin manusia untuk percaya dan yakin pada 1 Kuasa iaitu Allah dan menjalani hidup dengan kepercayaan/pegangan yang benar.
-gaining the pleasure of Allah only=hanya mencari redha Allah.

(Q 6:162)

"Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,
hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."


waLlahua'lam.............................................

to be continued....