Followers

Wednesday, April 29, 2009

aku,DIA dan.....

aku di sini,
bersama KEKASIH yang ku cintai,
tika insan lain sedang asyik
dibuai mimpi,
oh indahnya saat itu,
bersama berdua memadu kasih,
aku dan DIA,
DIA yang sangat ku cintai,
DIA yang amat aku sayangi,
DIA yang terlalu aku rindui,
DIA adalah segala-galanya buatku...

aku dan DIA,
bahagia yang tiada bandingnya,
DIA....
Maha Memahami,
isi hati yang terpendam,
kepahitan yang dirasai,
kesukaran yang ku alami.
DIA....
Maha Mengetahui,
kebenaran yang hakiki,
perihal diri yang hina,
yang lemah dan tidak berdaya.

aku di sini,
tidak sanggup menanggung
keperitan dan kepayahan hidup,
sungguh lemah diri ini,
hanya pada DIA
aku mengadu segalanya,
aku luahkan segala yang terbuku
dalam benak fikiranku,
sering aku menangis sayu
di hadapanNYA,
merintih hiba tak terkata,
kerna ku tahu,
DIA sentiasa di sisiku,
setiap saat diperlukan.
syukur kerana aku menemui cintaNYA.

aku tanpa cintaNYA,
bagai bangkai tak bernyawa,
tiada erti hidup ini,
sunyi sepi ku rasakan,
kosong...
hidup ini tidak berarah,
ke kanan ke kiri,
ke hadapan dan belakang,
suram,
gelap,
malap,
tiada cahaya yang menyinari,
bagi menyuluh ku ke lorong yang lurus.

aku tanpaNYA,
bagai hidaup di alam fantasi,
realiti yang sukar difahami,
mengembara tanpa tujuan,
seorang diri,
mencari hakikat kehidupan.

aku masih di sini,
mendamba cintaNYA,
moga aku sentiasa bahagia
tika bersamaNYA,
hingga sampai kehidupan kedua,
terima kasih tak terhingga,
ku ucapkan kepadaNYA,
kerna DIA terlalu baik buatku,
tiada siapa pun yang dapat
menggantikanNYA,
aku amat-amat
mencintai dan merinduiNYA....

Tuesday, April 28, 2009

makanan rohani...



kita seringkali asyik memikirkan tentang makanan-makanan yang enak untuk menjadi hidangan kepada perut yang sedang asyik memukul kan gendang nya...
namun pernah kah kita terfikir bagaiman pula dengan makanan rohani kita...????? roh kita perlukan makanan untuk hidup.. sekiranya dibiarkan begitu sahaja... ia akan mati....dan kita akan menjadi orang-orang yang rugi...nauzubiLlah... di sini ingin saya berkongsi dengan semua perihal zikir...
ALLAH berfirman:
Al-Baqarah [2:239] Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati ALLAH (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana ALLAH telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

di sini disenaraikan beberapa amalan zikir untuk diamalkan..moga-moga kita sentiasa istiqamah melakukannya...

ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD


Allah amat sayang kepada hamba yang sentiasa mengingatiNYA ...

Aal-i-Imran [3:191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati ALLAH semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.



"berzikirlah dengan nama Tuhan mu
bermunajatlah di tengah malam
bertaubat padaNYA penuh rasa hamba
agar doa kita dimakbulNYA...."

sama-sama kita basahkan lidah dengan zikruLlah...dan membaca alQuran walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan..agar hati kita sentiasa tenang dan damai....amin.... waLlahua'lam..

Diri yang lemah...


assalamualaikum...

pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita merafa'kan rasa syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahNYA,kita masih lagi berpeluang untuk menghirup udara yang segar dan nyaman di samping menikmati 2 nikmat yang terbesar yakni nikmat iman dan islam...alhamduliLlah..alhamduliLlah..alhamduliLlah...

Tujuan utama adalah ingin berkongsi sedikit pengalaman diri yang menjadikan diri ini seorang hamba yang kuat dan tabah...

suka untuk ana mencatitkan di sini lirik lagu yang sedang kedengaran di gegendang telinga anda semua...




"ya ALLAH ya Tuhanku,
hambaMu merindukan rahmat kasih sayangMu,
dan juga keredhaanMu
dalam hidupku...
meskipun ku ulangi dosa noda yang menjanjikan azab sengsara,
namun ku sedari keampunanMu tidak bertepi...

ku akui diri ini hamba yang mungkir pada janji-janji
jadikanlah taubat ini yang sejati
padaMu Ilahi...

ya ALLAH..
ampunkanlah dosa-dosaku..
ya ALLAH...
redhakanlah kehidupanku..
moga terhapus penghijab kalbu..
antara Kau dan aku..''

cukup sekadar itu sahaja...
hmm...
permulaan kisah ini terjadi ketika diri ini bagaikan tidak berdaya untuk berdiri tegak di atas muka bumi ini sehingga pernah satu ketika rasa ingin agar memberhentikan degupan nadi ini..astaghfiruLlahalAzim....ya ALLAH..ampunkanlah aku...

memang waktu tu rasa sangat-sangat lemah..hanya airmata yang mampu menjadi teman di kala resah...tika itu diri bagaikan hilang separuh nyawa...
namun...
tiba-tiba hati terketuk dengan satu bisikan,
"aku punya ALLAH..dan seperti yang selalu dilafazkan ketika pertemuan denganNYA..
-''iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'iin" :
hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya Engkaulah kami memohon pertolongan...

lantas tanpa berlengah,ku terus sujud menghadap Tuhan Yang Esa..
di kala sujudku merendah diri padaNYA...
ku insafi kelemahan dan kejahilan diri..
tika itu tiada lain yang ku harapkan melainkan rahmatNYA Yang Maha Agung...
aku teringat akan kalamNya yang bermaksud :
"janganlah kamu berputus asa dengan rahmat ALLAH"

titisan air mata membasahi pipi hanya untuk menginsafi segala dosa yang dilakukan,tika itu insan lain enak dibuai mimpi indah..namun diri lebih tenang untuk bersama denganNYA dan merintih padaNYA..betapa kerdilnya diri di hadapanNYA...alangkah indah nya saat itu...



saban malam ku meniti waqktu,
saat yang berlalu terus ku tunggu,
di kala insan terus terlena,
hatiku ini ingin terus berjaga...

di kala sepiku sendiri,
mencari sinar di kegelapan malam,
air mata ku bercucuran
kerna rinduku yang tak pernah padam..

tangisanku mendayu-dayu
mengharap kasih dari YANG SATU
ku tahu cinta ku terbalas
kerna DIAlah pemilik cinta sejati..

oh Tuhan
tunjukkanlah jalan merentasi rasa cintaMu
cinta rindu dan kasihku yang kudamba kan
hanya untuk Mu...

usahlah Kau palingkan cinta
yang suci murni lagi sejati
kerna aku hanya ada sekeping hati
yang rapuh dan tak berdaya
moga rindu ku kan terubat
lantaran kasihMu yang murni..
tangisan rinduku hanya untukMU...........

"tangisan rinduku hanya untukMU..."
begitulah kesudahannya..diri yang lemah tadi seolah-olah dipukul satu semangat baru yang tidak bisa diperoleh daripada yang selainNYA...

AlhamduliLlah..terima kasih ya ALLAH..
kerna Engkau masih menyayangi diri ini....hidup yang penuh onak dan ranjau berjaya ditempuh..
segala dugaan bagaikan buih di lautan...akan datang dan pergi...tabahlah diri menghadapinya..
usah berasa lemah kerana yakinlah ALLAH bersama-sama mu...

"ya aiyuhallazina amanus ta'inu bissobri wassolah innaLlaha ma'as sabirin"
yang bermaksud: wahai orang-orang yang beriman,mintalah pertolongan kepada ALLAH dengan jalan sabar dan mengerjakan solat,sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang sabar.....

akhir kalam...
muhasabah diri sentiasa agar hidup ini lebih bermakna dan diredhaiNYA...
amin..
waLlahua'lam........

di sini suka ana menyeru kepada semua untuk sama-sama menginsafi diri agar kita sentiasa berada di landasan yang betul..andai sesekali terpesong,maka kembalilah kepadaNYA..letakkan pergantungan dan harapan yang tinggi kepadaNYA...
mengapa selama kita terlalu sombong...hanya mengharap pada manusia tanpa menyedari bahawa DIA lah yang membantu kita.......

Friday, April 24, 2009

seindah hiasan adalah wanita solehah...





assalamualaikum warahmatuLLahi wabarakatuh..

salam juang!!!

apa khabar semua pambaca..?? semoga kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmatNYA..insyaALLAH..kali ini,penulis ingin berkongsi sedikit perkongsian khas buat insan yang bergelar muslimah,wanita,perempuan,gadis dan yang sewaktu dengannya...

pernahkah kalian terfikir..apakah tujuan ALLAH mencipta kita di dunia ini?? kenapa Allah ciptakan wanita?? Cuba bayangkan andai dunia ini hanya dikelilingi oleh lelaki???


MASYAALLAH!!! Sungguh tak terbayang di dalam ruang minda bagaimana keadaannya ketika itu.. Sebelum meneruskan kalam bicara,ingin penulis mengajak sahabat sahabiah semua untuk sama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah inayahNYA kita semua dapat hidup di dunia ini dengan menghirup udara yang segar dan nyaman,di samping dikurniakan 2 nikmat yang terhebat iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.. alhamduliLLah...



berbalik kepada tajuk asal perbincangan..

"seindah hiasan adalah wanita solehah"

Tidak Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia..Oleh itu,ALLAH tidak menciptakan wanita dengan sia-sia.. Sudah tentu,ciptaan Allah ini sangat bernilai dan berharga dan mempunyai sebab dan akibat yang perlu sama-sama difikirkan.. menyedari hakikat penciptaan wanita di atas muka bumi ini,akan lebih menginsafkan kita untuk berlumba-lumbe menjadi wanita solehah dengan mencontohi wanita-wanita yang hebat sejak dari zaman RasuluLLah seperti saiyidatina khadijah,aisyah,fatimah,asma'....dan ramai lagi yang boleh dijadikan tauladan...

Wanita atau dalam bahasa arab digelar muslimah menjadi idaman setiap insan bernama lelaki..hal ini tidak dapat dinafikan..kerana sejarah membuktikan,Adam juga sunyi bilamana keseorangan di syurga,lalu terciptalah Hawa sebagai peneman hidup...namun,harus dijelaskan di sini..bukan itu sebenarnya tujuan utama kita diciptakan...Sebenarnya kita juga mampu berdiri bersama-sama di dalam barisan muslimin dalam berjuang..

buktinya lihat sahaja khaulah yang hebat dan tangkas di dalam peperangan sehingga dikagumi oleh Khalid alWalid sendiri..TETAPI persoalan di sini..ke mana perginya wanita sekarang????? Di manakah akhlak dan adab serta kelembutan wanita yang dahulunya dibanggakan...ke mana hilangnya maruah insan yang bergelar wanita??? Maruah tergadai dek cinta yang palsu...akhlak dijual kerana leka dengan dunia yang fana'...

AstaghfiruLLahalAzim...insaflah wanita...Kembalilah wanita ke pangkuan asal kejadianmu..engkau diciptakan dengan kemuliaan..Usah sekali pun engkau menggadaikannya...

untuk menjadi muslimah solehah,bukan sesuatu yang mudah..namun ianya bukan sesuatu yang mustahil..kita perlu mempersiapkan diri kita dengan ilmu yang cukup..bukan sahaja ilmu duniawi..tetapi juga ilmu kerohanian,ilmu agama,ilmu kemasyarakatan,soft skill dan pelbagai kemahiran,isu-isu semasa dan persoalan hukum serta macam-macam lagi..tanamkan dalam diri untuk menjadi orang yang berguna kepada agama,bangsa dan negara...

persiapkan diri dengan kekuatan fizikal dan mental agar kita tabah,kuat dan sabar dalam menempuh dugaan dan ranjau dalam kehidupan..."kita adalah apa yang kita fikirkan"...jadi kita perlu sentiasa positif dan dan optimis dalam apa jua keadaan...berfikir sebelum bertindak..

Dan perkara yang paling penting dan wajib ditekankan ialah pergantungan dan hubungan dengan ALLAH kerana ini adalah kunci kejayaan..andai baik hubungn kita denganNYA,maka baik jugalah hubungan kita dengan manusia dan seluruhnya...bagaimana hendak menjaga hubungan dengan ALLAH???

sudah semestinya kita wajib kenal siapa ALLAH....apabila kita telah mengenaliNYA,maka kita akan tahu hak-hak NYA yang wajib kita tunaikan..jagalah ibadah kita terutamanya solat kerana dengan solat lah kita dapat hampir kepadaNYA..tika itu sahaja kita boleh berinteraksi terus dengan pencipta kita...luruskan hati hanya untukNYA...selain itu,basahkanlah lidah dengan sentiasa menyebut namaNYA moga hati kita sentiasa tenang..



banyak lagi amalan-amalan tambahan yang boleh dilakukan..namun tak kira amalan apa yang kita lakukan kerana yang paling penting,kita perlulah istiqamah melakukannya dan pandulah niat kita moga tetap untukNYA...

seterusnya jagalah hubungan sesama manusia..jadikan rasuluLLah s.a.w sebagai contoh panduan hidup..

sudah tercatat dalam alQuran yang bermaksud...


"sesungguhnya telah ada pada diri RasuluLLah itu contoh tauladan......"
so,marilah kita mencontohi baginda dan berakhlak lah dengan akhlak yang terpuji dan bersifatlah dengan sifat mahmudah..jangan hanya kita menjaga kecantikan luaran,namun cantikkanlah hati kita agar sentiasa bersih dan tidak dikotori dengan titik-titik hitam yang mencacatkan...


Akhirul kalam..

marilah sama-sama muhasabah diri moga hari ini sentiasa akan menjadi lebih baik dari semalam...
dan berusahalah untuk menjadi pejuang agama ALLAH..

serta buktikanlah bahawa kita bukan lemah..

kita juga mampu menjadi orang yang hebat dan ke hadapan...

sentiasa perbaharui niat,

tingkatkan IMAN dan taqwa,

perbaiki akhlak,
memperkasakan ibadah dan amalan...

moga hidup kita sentiasa diredhai olehNYA selalu...

amiin...

waLLahua'lam...

BLOG LIRIK LAGU?????

assalamualaikum..

adakah ini blog lirik lagu???
mungkin juga..sebenarnya penulis sangat dan amat-amat meminati bidang seni especially nasyid..pernah satu ketika bercita-cita untuk menjadi penulis lirik lagu,dan mungkun juga penggubah lagu..InsyaALLAH satu hari nanti..impian bakal menjadi kenyataan..

tapi kenapa nasyid???
hmm...setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing..penulis juga begitu..satu kelemahan yang dimiliki oleh penulis yang penulis sendiri tidak mengetahui sampai bila kelemahan itu akan berjaya diatasi..mungkin 20 tahun lagi kot..just wait and see..(",)v

Kelemahan penulis adalah tidak pandai dan mungkin tidak suka bercakap di hadapan orang ramai..Namun jauh di sudut hati yang paling dalam,teringin sangat nak petah berkata-kata dengan penuh isi dan keyakinan..TAPI........
masa nya tak tahu bila..

Penulis tertarik dengan kata-kata seorang sahabat iaitu,
"selalunya orang yang pandai menulis,tak pandai bercakap..dan orang yang pandai bercakap,selalunya tak pandai menulis..."

Mungkin ada betulnya kata-kata itu..kerana terkena di batang hidung sendiri..Kalau bab-bab penulisan,buat ayat bunga,buat karangan,memang penulis minat sangat..Tapi bab bercakap kat depan,presentation or public speaking..memang kurang minat..kalau boleh,memang nak melarikan diri..huhu..memang tak patut..

sebenarnya sebagai seorang dai'e perlu ada kemahiran bercakap di khalayak ramai dalam usaha untuk berdakwah..tapi berbeza dengan penulis yang serba serbi kekurangan..

Penulis berpendapat setiap orang mempunyai cara masing-masing..dan metod dakwah sangat luas..bukan sahaja dengan bercakap..tapi dengan penulisan..dan jika dilihat dewasa ini,begitu banyak penulis-penulis yang sangat kreatif dan kritis dalam bidang penulisan..InsyaALLAH satu hari nanti,penulis akan mengikut jejak langkah mereka..AMIIN..

Penulis akan berusaha untuk memperbaiki diri yang lemah dan serba kekurangan ini..doakan penulis ya..

Khas buat tatapan para dai'e di luar sana..kita mempunyai agenda dakwah tersendiri dan matlamat yang cukup besar dan berat untuk dicapai..maka dengan itu,marilah sama-sama kita mempersiapkan diri dengan segala macam ilmu dan kemahiran untuk melaksanakan tugas 'amar ma'ruf dan nahi munkar'..Tugas yang sangat berat..memerlukan usaha dan pengorbanan yang sangat tinggi..jadi,Penulis menyeru diri sendiri dan juga sahabat sahabiah di luar sana...bangkitlah wahai dai'e...

Di sini ada sedikit lirik lagu khas buat semua...(",)v

aiyuhas syabab taujah ilal amam
nujahidu fi sabilir Rahman
nufsidul kafirun fid dunia
li iqamati syi'aril Islam
Liannal ann ummatal Islamiyah
tahta mamlakatil kuffaruz zolimin
iltazimu ya syababal Islam
li diniLLahir rajaar ridha
fastaqimu bi jama'atina
wasta'idu fi sabilil jihad
hayatuna hayatuna 'ibad
dusturuna dusturuna Quran
sabiluna sabiluna jihad
mautuna mautuna syahid
ALLAHU AKBAR!ALLAHU AKBAR!ALLAHU AKBAR!

Persoalan buat semua untuk difikirkan...

KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI???
KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI???
KALAU BUKAN DI SINI DI MANA LAGI???
Tepuk dada,tanya lah IMAN...
waLLahua'lam...

Thursday, April 23, 2009

carilah cinta



Carilah cinta yang sejati
yang ada hanyalah padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa
Carilah cinta yang abadi
yang ada hanya padanya
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada Tuhanmu....
Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang di redahi
Carilah cinta yang sejati
yang ada hanya padanya
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa
Namun janjinya
Kepada Hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
dan tidak pernah melupakanmu
Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang di redahi
Namun janjinya
Kepada Hamba-Nya
Tidak pernah dimungkiri
dan tidak pernah melupakanmu
Yakinlah kepada Tuhan-Mu
Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta hakiki
Kerna dialah cinta yang hakiki

antara 2 cinta


apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa
bila hilang apa yang diburu
timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman
dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorganadi padang pasir
panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan.. leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh

subuh yang terakhir




Bilakah kali yang terakhir
kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir
Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan
Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat
Lafazkan rasa cinta...andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

gelombang keadilan


kan melangkah kaki dengan pasti..

menerobos segala onak duri..

generasi baru yang telah dinanti..

tak takut dicaci tak gentar mati..

bagai gelombang terus menegang..

untuk tumbangkan segala kezaliman..

dengan tulus ikhlas untuk keadilan..

hidup pertiwi gapai sejahtera..

Takkan surut walau selangkah..

Takkan henti walau sejenak..

cita kami hidup mulia..

Atau syahid mendapat syurga

APA YANG KAU TAHU


Bacalah...sebutlah dengan nama

Tuhan yang menciptakan

Segala kejadian di dunia

Bacalah...tulislah dengan pena

Wahyu yang diutuskan

Risalah kebenaran untuk insan

Seluruh kasihnya telah dia curahkan

Tulus suci mengisi ruang hati

Bagai dalam dingin

Rindu berdakapan

Dengan kata syahdu

Kasih mesra bersatu

Apa yang kau tahu

Bacalah...lihatlah dengan mata

Selami sanubari

Putaran panorama hidup ini

Bacalah...tipuan mata hati

Bisikan penuh mimpi

Melamar kelalaian tidak henti

Suruhan larangan telah dia sampaikan

Jangan pilih haluan dimurka

Kelak rebah diriDuka menangisi

Tanpa belas kasih

Disiksa saban waktu

Apa yang kau tahu

Gua hira menggamit kisah silam

Satu peristiwa nabi bersendiri

Iqra diturunkan muhammad ditabalkan

Tersuratlah sudah kalam dari Tuhan

Sekian kalinya detik waktu berlalu

Apa terus berbakti untuk dia

Membalas kasih

Syukur dengan nikmat

Amal yang bertambah

Hikmahnya kan ketemu

Apa yang kau tahu!!!

'asyura

Lembut tuturmu tegas membela agama
Gagah berani tiada tandingnya
Mulia akhlakmu didikan rumah kenabian
Penyinar segala kegelapan
Ibundamu penghulu wanita di syurga
Jelmaan bidadari di dunia
Menyintainya adalah suatu ibadah
Puteri kesayangan Rasulullah
Al-Husaini
Kepahitanmu kurasai
Terkorban kau menentang kemungkaran
Rebah tersungkur masih di dalam senyuman
Tabah hati menempuh cabaran
Ya Allah sampaikan salamku kepadanya
Pemergian tiada pengganti
Pemuda syurga gelaranmu di dunia
Kau pepohon penyinta ketaqwaan
Zuhud sifatmu redha setiap ketetapan
Pedoman engkaulah tauladan
Hancur tubuhmu bercerai di Karbala
Darah suci merah mengalir
Tenang nafasmu menyahut panggilan syuhada
Iringan wangian pengasih

salahuddin al ayubi



Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah
Pernah kembara bagai pelarian
Akhri bertakhta penuh kemuliaan
Berkurung dendam demi keamanan
Bergemalah bumi Anbia
Takbir kemenangan
Menjulang iman hapus kemungkaran
Walaupun seisi dunia
Melutut di tapak kakimu
Tetapi kau pergi tanpa sisanya untuk
Diwarisi Quran Hadith terpasak di kalbumu
Syair puisi pelembut rasamu
Tinta senjata lakaran mindamu
Darah juga airmatamu
Dakwat yang mewarna
Lembaran agung insan terulung
Jasamu Salahuddin
Bagai kasturi mewangi
Harumannya melewati
Baitul Maqdis yang suci
Walaupun jasadmu tiada
Semangatmu tetap menyala
Kekal menjadi aspirasi
Mujahid kini dan selamanya
Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah
Kaulah satria, kaulah perwira Fisabilillah

hidup di persimpangan.........

assalamualaikum...sebelum kalam dinukilkan,mari sama-sama menghayati sedikit dari lirik lagu ini..

"kan melangkah kaki dengan pasti..
menerobos segala onak duri..
generasi baru yang telah dinanti..
tak takut dicaci tak gentar mati..

bagai gelombang terus menegang..
untuk tumbangkan segala kezaliman..
dengan tulus ikhlas untuk keadilan..
hidup pertiwi gapai sejahtera..

Takkan surut walau selangkah..
Takkan henti walau sejenak..
cita kami hidup mulia..
Atau syahid mendapat syurga.."
menitis air mata tika menyanyikan lagu ini..sungguh menusuk kalbu andai benar dihayati setiap bait lagu ini..
di sini suka untuk saya membicarakan perihal
'PERJUANGAN'...
tapi sebelum itu,tanya diri anda: "man ana?", "who am I?", "siapa aku"..
The answer is :
rujuk surah albaqarah ayat 30 yang bermaksud..:
"dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"AKU hendak menjadikan khalifah di bumi.."
Mereka berkata,"Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di muka bumi,sedangkan kami sentiasa bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu..???"
MAKA ALLAH berfirman,"Sesungguhnya AKU Maha Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"..
maka dengan itu,jelaslah kepada kita,bahawa kita hidup di dunia ini punya agenda tersendiri yang direncanakan oleh TUHAN PENCIPTA sekalian alam..bukanlah hanya untuk hidup bersuka ria,makan,minum,tidur,bermain,belajar,bergelak ketawa..TETAPI kita harus menyedari bahawa kita ada satu tanggungjawab dan amanah yang sangat berat untuk dipikulkan..
ALLAH berfirman lagi dalam surah alahzab ayat 72..
"sesungguhnya KAMI telah menawarkan amanat kepada langit,bumi dan gunung-gunung,tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya lalu dipikullah amanat itu oleh manusia.Sungguh,manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh"
Oleh itu,aiyuhas syabab..BANGKITlah..
sedar dan insaflah dengan erti sebenar kehidupan..
hidup kita ada penghujung namun kita tak tahu bilakah masanya malaikat izrael akan datang menjemput kita...Maka dari sekarang kita kena menyedari bahawa tugas khalifah ini sangat berat...Memerlukan satu kekuatan luar biasa,yakni semangat jihad yang mendalam dari dalam diri..bukan hanya sekadar bersemangat dalam berhujah,malah dalam melakukan gerak kerja...Semuanya demi untuk mencapai satu matlamat iaitu 'ghayah' yakni mardhatiLLah... dan bagi manyempurnakan satu tujuan yang telah lama diperjuangkan yakni dengan tertegaknya "khilafah Islamiyah" ....
usah kita berlengah lagi..mari bergerak mara ke hadapan dengan penuh iltizam dan keazaman..
usah kita leka dengan dunia yang fana'..
mungkin esok atau lusa kehancuran bakal menjengah,dan tika itu,tiada guna lagi penyesalan dalam diri...sudah terlambat bagi kita..Moga kita tidak tergolong di dalam golongan tersebut..amin ya Rabb..
oleh itu,mulai saat dan tika ini..kita harus menyediakan diri kita dengan satu niat yang tulus dan ikhlas untuk melaksanakan perintah ALLAH ini..juga disertakan dengan azam dan semangat yang tidak pernah luntur..Pejuang agama ALLAH perlu berjiwa besar..memiliki kesungguhan,keberanian,dan kebijaksanaan dalam melakukan apa jua pekerjaan...
mehnah dan tribulasi di dalam perjuangan bagaikan ombak di lautan..sesekali ia mengganas..namun berjaya juga untuk kita tempuhi segalanya kerana apa..??
kerana kita ada ALLAH..kekuatan yang tiada pada orang lain..ALLAH sentiasa akan memberi bantuan kepada hamba-hambaNYA yang menolong agamaNya..
seperti yang tercatat dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman,seandainya kamu menolong agama ALLAH..nescaya ALLAH pasti akan menolongmu dan meneguhkan pendirianmu"
Berjuang memang pahit kerana syurga itu manis..
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar..
Bukan sedikit pedih yang ditagih..
Jalan menuju syurga penuh dengan liku dan pelbagai kesulitan..Jadi kita perlu tempuhinya dengan penuh tabah dan sabar..jangan sesekali berasa lemah di dalam berjuang..usah mudah putus asa kerana kita adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan sebagai junduLLah..
ALLAH memujuk kita dengan kalamNYA dari surah ali-imran ayat 139 yang bermaksud :
"dan janganlah sesekali kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati,kerana kamu adalah yang paling tinggi darjatnya seandainya kamu berIMAN"
Maka dengan itu bergembiralah wahai ansaruLLah..wahai junduLLah..ALLAH pasti akan membalas setiap keringatmu dalam usaha menegakkan kalimah ALLAH di atas muka bumi ini..
Hidup di persimpangan...sama-samalah kita menghargai hidup ini dan berusaha menjadi 'khalifah' di muka bumi ini..moga hidup kita diberkati dan diredhai olehNYA..waLLahua'lam...

Tuesday, April 21, 2009

Ahlan Bina

Ahlan Bina

Ahlan Bina bitatil biladil wa marhaban
Jadad tumul ah dal ladzi kod akhlaqo
La tai asu an tastarid du majdakum
Fala rubba maghlubin hawa sum martaqo

Madad lahul ammal lu fi af lakiha
Khaiturraja ilal u lafa ta sallaqo
Fatajassamu lil majdikul li azimattin
Inni ra aitul majdu so'bal murtaqo

Ahlan Bina bitatil biladil wa marhaban
Jadad tumul ah dal ladzi kod akhlaqo
La tai asu an tastarid du majdakum
Fala rubba maghlubin hawa sum martaqo

Ya Rasullallah Ya Habiballah x4

Shama iluhu maan nasimissiba
Bialthofimin ha wa zahri riba

kasahul maha mida mundus siba
Wa a' rohu min a'ri kulli mazam

Ya Rasullallah Ya Habiballah x4

Kembali

Kembali menyusuri hari
Indah warna warni ceria dan berseri
Mencari makna seribu erti
Nikmat disyukuri hikmahnya tersembunyi

Semalam jadikan pengalaman buat kita menyuluh jalan
Mencari pedoman hidup penuh kebahagiaan
Hari esok hanya anganan belum tentukan kesampaian
Hari ini mulai langkah penuh keazaman

Berusaha tabur budi dan jasa
Bagai hidup di dunia kekal selamanya
Beramal bekal untuk ke sana
Umpama hayat kita esok sudah tiada

Takkan mungkin kekal di sini
Mana bisa menongkah langit
Umpama pepohonan rendang
Teduhan seorang pedagang

Hanya saja kekal di sana bertemu yang Baqa' Pencipta
Augerah yang teristimewa pada hati yang sejahtera

Tanpa sinar-Mu kegelapan deritaku rasa
Di mana cahaya
Sinar mentari menyuluh hidupku bagai cahaya kebenaran

*Bersama kita mengejar mimpi menuju satu cita sejati
Menggapai seribu impian yang kita bina bersama-sama